Selamat sudah menghantar ibuku ke KLIA pada 24hb yg lalu mengerjakan umrah. Bangun tidur kul 3am.Tidur kul 1.3 am kemas brg dan lap van. Kalau tak awal dah aku kemas brg2, mak sedara aku dtg umah, balik nak dkt kul 12am.
Lepas bgn ajer, mandi2 dan kul 4am kumpul dpn umah ketua rombongan. Nak dkt 40minit gak aku berdiri krn salah seorang peserta lambat tiba. Lepas semua korum cukup baca doa dan azan.
Kul 5.07am gerak ke KLIA, masa kat highway Air Keroh hujan punya lebat. Marshall yang pandu tu lak kejap laju, kejap perlahan...issk. Dia bukan tak tahu ada dekat 15 biji keta tengah konvoi.
Di Kawasan Rehat Seremban, semua jemaah sembahyang subuh. Patutnya nak sembahyang kat KLIA tapi disebabkan lewat gerak tadi.
Sampai KLIA kul 8am, sesi bergambar dimulakan..hehe. Tapi model utama tak memberi respon yang baik iaitu mak aku..kekeke. Mungkin cemas kot atau hati tgh girang. Kul 10.40am baru berlepas pergi. Sedih gak aku tapi aku kan lelaki ego, nangis cikit ajer..hahaha.
Selamat mengerjakan umrah ibuku. Lepas mak aku pergi, kami adik beradik jalan2 ke PUTRAJAYA.. Nantikan entri Putrajaya aku.
0 Ulasan