![]() |
Displin Rakyat Jepun Patut Kita Jadikan Contoh |
Ramai kagum dengan displin rakyat Jepun yang begitu utuh kesabarannya walaupun ditimpa kesengsaraan.
Dan ramai juga mengutuk bolehkah rakyat Malaysia disiplin begini jika perkara sehebat ijni berlaku kepada kita.
Membanding dengan negara-negara lain yang dilihat di TV berebutkan makanan ketika bantuan tiba..
Malas aku nak melayan pemikiran sempit sebegitu. Kalau negara lain tu bagus..melambung-lambung dia puji tapi yang tak sedapnya bandingkan negara tanahair mereka sendiri...Di sini saya berani menjamin, jika perkara sebegini berlaku pada negara kita, mungkin kita juga kan disiplin sebegini... atau sebaliknya. Kenapa?
Kenapa rakyat Jepun dalam gambar di atas begitu disiplin dan kenapa kita boleh jadi sedemikian?
Biar saya terangkan?
a) Budaya
Rata-rata budaya Jepun adalah seragam. Kerana bangsa mereka adalah satu bukannya pelbagai. Keseragaman displin yang standard telah dididik sejak kecil pada generasi Jepun dari turun-temurun. Sebagai contoh, membuang sampah haruslah di dalam tong sampah dan didikan ini adalah menyeluruh. Faham maksud saya?
Malaysia pula budaya adalah tidak seragam, pelbagai budaya yang berlainan tingkah laku. Ada budaya bangsa ni bagus atau tidak. Oleh itu tiada satu satndard budaya dalam mendidik generasi. Walau bagaimanapun melalui sistem pendidikan negara, satu standard budaya telah mula berkembang terutama generasi baru (pendapat aku lagi 3 generasi lagi baru semua bangsa mempunyai standarad yang sama). Tengok sekarang anak-anak muda semua bangsa mempunyai nilai budaya yang hampir sama terutama anak-anak muda dibandar. Ertinya budaya yang sama maka senang dikawal..
b) Kerajaan Yang Baik
Kerajaan yang baik menbawa maksud kerajaan yang boleh dipercayai. Kerajaan yang telus dalam membantu rakyatnya. JIka keprcyaan itu ada pada setiap rakyat negara ini maka pergelutan merebut makan takkan berlaku.
Kenapa bergelut makanan?
Kerana rakya ttakut makanan yang diagih tidak cukup!!! Kalau aku jug arasa kurang yakin, aku juga akan berebut!!
Tetapi jika aku yakin, jika aku beratur panjang pun akan dapat makanan. Aku akan beratur kerana keyakinan itu ada..
Mudahkan!!
Dalam perkara ini rakyat Jepun percaya akan kerajaan mereka yang mempunyai dana bantuan yang mencukupi untuk membantu mereka..
c) Kerajaan Yang Kaya
Kerajaan yang baik sahaja tidak mencukupi tetapi ia juga harus kaya. Jika kaya atau mempunyai modal yang cukup membantu rakyat mereka maka keselesaan dapat dibekalkan kepada penduduk mereka. Sebagai contoh, tempoh hari banjir di Kedah. Kerajaan Barisan Nasional bantu gila-gila punya dengan membekalkan makanan ke kampung-kampung dan bantuan kewangan. Ada tak dengar rakyat yang memberontak?
Aku malas nak tulis panjang-panjang selain itu terdapat faktor-faktor:
d) Pendidikan
e) Pasukan Penyelamat yang efisen. dan lain-lain.
Pendek kata sebelum kita ambil iktibar sesuatu perkara yang baik kita juga harus analisis kenapa perkara itu berlaku. Dan kita belajar dan praktiskan, jika bukan pada negara, praktiskan pada keluarga dan susah juga praktis pada diri anda.
Jangan selalu suka banggakan budaya bangsa lain dan kemudian kutuk negara kau....!!!!!!!!!!!
2 Ulasan