Semua tau kan pasal email 1 Malaysia ni. Satu pengumuman telah dibuat yang semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan akaun email 1 Malaysia bagi tujuan tujuan rasmi. Email tu akan jadi satu bentuk hubungan rasmi antara kerajaan dan rakyat. Email 1 Malaysia tu pulak akan dibangunkan oleh sebuah syarikat bernama Tricubes Berhad. Email 1 Malaysia ni percuma untuk semua rakyat, tapi hari ni baca pulak dalam Malaysia Kini, kata email ni tak percuma sepenuhnya. Maknanya ada caj tersembunyi kah?
Info berkenaan Email 1 Malaysia: Projek ini mencecah RM 50 juta.
Dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta bernama Tricubes Berhad. Rakyat berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun email ini.
Saya ada menyusun maklumat yang saya perolehi dari blogger-blogger tegar rasional menentang e-mail 1 Malaysia.

Pendirian Blogger 1:
Apa relevannya email 1Malaysia? Apa yang saya nampak di sini ialah satu lagi pembaziran wang rakyat oleh kerajaan yang memerintah. Saya bukan bercakap pasal politik, jika kerajaan Jepun atau Perancis sendiri pun yang mahu membuat projek email 1Japan atau 1France, saya tetap akan membantah kerana ianya membazirkan wang rakyat. Bayangkan sebanyak RM50 juta wang rakyat akan dihanguskan oleh kerajaan bagi mengendalikan sistem email ini. RM50 juta akan "dianugerahkan" kepada syarikat Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang bukan saja tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk." Syarikat Tricubes itu pula dikatakan sebenarnya ada kaitan dengan adik kepada PM, iaitu CEO CIMB Bank. Bagi memulihkan syarikat yang hampir "bungkus", dana sebanyak RM50 juta diperlukan bagi menyelamatkannya. Satu lagi kerja menyelamatkan kroni oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi kerajaan hari ini menafikan bahawa wang sebanyak RM50 juta yang akan digunakan bagi mengendalikan email 1Malaysia akan menggunakan wang rakyat, sebaliknya adalah wang dari Tricube. Hairan bin ajaib, sebuah syarikat bermasalah mendapat kontrak mengendalikan email 1Malaysia tanpa menggunakan sesen pun duit kerajaan, sebaliknya menggunakan modal sendiri, sukar dipercayai tetapi benar jika mengikut kenyataan pihak kerajaan.
Pendirian saya ialah menentang penyalahgunaan wang rakyat bagi menyelamatkan kroni, jika wang untuk kegunaan rakyat banyak pulak alasan, tapi untuk kroni jangankan RM50 juta, RM500 juta pun boleh dihanguskan. Jika anda rasa anda perlukan email 1Malaysia, anda tidak perlu lakukan apa-apa di sini, tetapi jika anda berpendapat untuk sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang menolak penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat, sila ikuti link Facebook ini 1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email dan sila like tanda menyatakan sokongan anda.
Pendirian Blogger 2 ( nurizspace)
Menurut Malaysia kini syarikat Tricubes bhd tu memaklumkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.
Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai"
Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.
Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.
Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.
Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.
Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan.

Maklumat Malaysia Insider
KUALA LUMPUR, April 26 — Those signing up for the controversial 1 Malaysia email service will have to buy a USB biometric device sold by Tricubes Bhd or go to any National Registration Department (NRD) office to get their account activated, the company said today.
Tricubes chief executive Khairun Zainal Mokhtar said the USB device would also allow myemail.my users opt for the more secure end-to-end data encryption for an additional fee, which he described as "a fraction of the cost".
But he declined to provide the price of this value-added service and the USB biometric reader.

2 Ulasan