Pasar Lembu |
Pelbagai buah-buahan |
Syukur, dapat jumpa kawasan nak letakkan produk kami.
Tapi aku bukan nak cerita produk aku. Aku nak cerita situasi di Pasar Chow Kit yang eksotik giler...
Dah lama aku tak jumpa pasar yang padat dengan orang ramai dan peniaga..
Terkenang dulu-dulu pasar kat Melaka..
Apa lagi setelah hantar produk dan masa pun panjang lagi , aku pun \ mencapai kamera aku dan shot beberapa kawasan Pasar Chow Kit. Ada satu kedai tu tengah salai kuit lemabu dan aku terpegun gak. Aku diri kat situ punya lama. Hajat di hati nak minta kebenaran tapi segan lak. Kalau aku pakai ambil gambar ajer, memang bulat-bulat kena maki ngan orang pasar ..hehehehhe.
Lalu dengan keberanian yang sedikit aku minta kebenaran dan mereka benarkan.
Aku cepat-cepat ambil gambar brader tu tengah salai kulit lembu beserta kepala lembu...hehehehehehe.
Akhirnya selesai aku ambil gambar dan baru aku perasan POINT AUTO FOCUS
aku salah setting...huhuhuu. Sebab tu gambar aku tak berapa sharp.
Kerana focus point aku pakai satu jerr..huhuhuu. Salah aku kerana melanggar peraturan pertama iaitu check semua setting sebelum ambil gambar!!!
0 Ulasan