Perkembangan bisnis- Order baru!!!!!!!

Perkembangan bisnis- Order baru!!!!!!!

Kuih Ros tempahan dengan labelling dan packing yang menarik. Tak mahal cuma RM1.
Jika mahu boleh buat tempahan.
Sekarang ni sudah hampir 3 bulan setengah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Jangan kata senang kerana banyak yang kita kena  lalui , apatah lagi macam aku dan rakan aku boleh dikatakan anak-anak kecil dalam perniagaan ini.
Banyak pengorbanan masa terpaksa dilakukan.
Hanya bini-bini kami yang tahu!!!

Walau apapun, alang-alang sudah menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan.
Baru-baru ini bersyukur aku kepada Illahi kerana target jualan semakin meningkat.
Bila jualan meningkat maka masa pun semakin terhad, namun dalam mana-mana perniagaan PROFIT  yang pertama!!!.
Manakala masa adalah bahagian yang terakhir..

Dalam minggu ini juga, apa yang kami impikan iaitu selain menambah kedai pasaran, kami juga memperolehi tempahan dari pihak luar untuk majlis-majlis kenduri.
Ini yang kami tunggukan dan sudah semestinya kami akan membuat yang terbaik untuk menjayakan projek sulung ini.

Kedua-dua produk terawal kami mendapat tempahan iaitu Kuih Bakar Berempah dan Kuih Ros.
Dan melalui tempahan ini kami belajar produk kami boleh dipelbagaikan terutama  produk Kuih Ros dan Kuih Kering samada dari segi harga atau packing.

Bersyukur kerana satu persatu target kami hampir tercapai. Ini adalah berkat dari kesabaran keluarga kami dan juga doa orang tua. Serta pertolongan rakan yang memberikan idea.

Tapi jangan ler kau orang fikir aku dah kaya..masih sangap lagi..hehehehehehehehe.
Cuma perjalanan bisnis kami semakin baik....
Kang bini aku baca blog ini kang ingat aku untung puluh-puluh ribu..kekekekeke.
But impian ni boleh jadi kenyataan, yang penting usaha!!!!!!!!!
Harapan aku ialah doa dari keluarga dan rakan-rakan yang sentisa memberi sokongan.

Lihat produk Kuih Ros istimewa tempahan produk kami.
Dan nantikan produk terbaru kami ....LIDAH BUAYA..akan muncul di pasaran  di bawah kompeni SH Tradisional.

Jika berminat untuk membuat tempahan sila klik pages kami - Our Produk yang mempunyai no telefon serta laman blog kami.

Catat Ulasan

0 Ulasan