![]() |
Pihanraya Sarawak..satu pengajaran |
BN tidak boleh bergendang kesukaan atas kemenangan ini kerana BN telah kalah.!!!!!! Hakikat utama yang mesti BN akui dan melalui hakikat ini baru tindakan boleh diambil.
Jika tidak, BN hanya bermimpi sepanjang hari hingga nanti jatuh tersungkur baru tersedar. BN harus sedar Sarawak dan Sabah adalah satu-satunya kekuatan yang tinggal kepada mereka dalam memimpin negara ini.
Dahulu DAP adalah parti yang ditolak mentah -mentah oleh masyarakat Cina Sarawak tetapi kini ia telah mula bertapak dengan kuat.
Entri hari ini adalah analisis kekalahan BN terutama SUPP kepada pihak lawan dalam pilihanraya Sarawak..
Kekalahan mendadak kerusi yang gagal di tawan kebanyakan atau keseluruhan milik SUPP (Sarawak United People Party)
Sudah semestinya SUPP mesti disalahkan... dari 19 kerusi yang dipertandingkan 13 kerusi kalah kepada DAP dan PKR. Berbanding tahun 2006 hanya kalah 8 kerusi.
SUPP adalah sebuah part yang mewakili rakyat Cina di Sarawak. Jika kita lihat isu SUPP, memang semua orang Sarawak tahu ia ada masalah dalaman yang serius. Pengajaran 2006 tidak memberi apa-apa makna kepada SUPP.
Pertama masalah dalaman yang boleh dilihat adalah penamaan calon yang lewat oleh SUPP. Ketidak persefahaman isu cawangan Dudong di antara Soon Choon Teck dengan pengerusi cawangan Sibu Wong Soon Koh telah mengeruhkan lagi masalah dalaman parti tesebut.
Sebelum kita melanjutkan lebih mendalam analisis. Saya kecilkan skop kekalahan SUPP adalah di peringkat Bandaran. Masyarakat bandar biasanya diduduki oleh kaum Cina. Dan bila berkisar tentang bandar ini, BN selalu terlepas pandang akan masalah penduduk bandar ini. Masyarakat bandar adalah masyarakat kelas pertengahan( sila baca entri terdahulu). Kelas pertengahan ini selalu juga berkisar tentang ekonomi. Kenaikan harga minyak dan harga barang selalu menjadi persoalan orang bandar. Saya nak jelaskan di sini DENGAN TEGAS, penduduk bandar ini kadar tensionnya lebih tinggi. Bila harga barang tinggi maka survivor nak hidup kena tinggi. BN selalu kata penduduk kampung miskin tapi sebenarnya penduduk bandar ini lagi miskin. Setakat gaji RM2000 tinggal di bandar, tak mencukupi.
Penduduk bandar bosan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Maka ini juga merupakan faktor utama kekalahan BN atau SUPP.
Ketiga adalah pemimpin SUPP, iaitu Presidennya George Chan yang terlalu lama di tampuk kuasa. Masyarakat Cina dah bosan dengan beliau. Banyak skandal dengan perempuan dan paling utama menurut kata Taib Mahmud. Ada satu blog yang saya baca tentang keburukan George Chan ini...
Senario pemimpin tua yang telah digulingkan di serata dunia memainkan peranan yang besar kepada pengundi Sarawak. Contoh di Malaysia, MIC kalah kerana masyarakat India tidak percaya Samy Vellu. Kedua MCA dan Gerakan kalah kerana tiada kekuatan dalam mempertahankan dan memperbaharui bangsa Cina. Apatah lagi DAP sering mencemuh mereka sebagai Pak Turut UMNO.
Bukanlah maksud saya bertikam lidah tetapi perbincangan dalam usaha perbangunan semua insan masyarakat Malaysia.
Ini yang berlaku pada pilihanraya Sarawak.
Perkara yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah Malaysia tetapi MEREKA TIDAK PERNAH MAHU belajar!!! MUDAH LUPA!!!!!!!
Keempat, persoalan besar ialah tentang Taib Mahmud yang telah 30 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak. Sama seperti di atas kegagalan SUPP dan pemimpin Sarawak yang terlalu di tampuk pemerintahan. Membuat rakyat mual dan merasakan seolah-olah Taib Mahmud menganggap Sarawak adalah negerinya. Ini yang saya dengar.
Bila di kata kenapa tidak mencari pelapis..alasan yang di beri belum menjumpai calun yang sesuai?
Ini semualah akan digunakan oleh pihak pembangkang menghentam BN dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari..
Saya amat berharap, tidak lama lagi pilihanraya umum Malaysia akan di adakan. Tindakan susulan harus diambil dengan segera. Cadangan kami:
a) Tinjau pemasalahan penduduk bandar terutama dari segi kemiskinan relatif. ( Teramat penting)
b) Perkasakan slogan 1 Malaysia kerana DAP sudah semakin kasar dalam mewujudkan rasism... 1 Malaysia adalah pemyelamat.
c) Pemimpin korupsi dan tidak disukai rakyat..jangan dipertahankan. Dahulu masyarakat buta IT sekarang masyarakat Malaysia semakin bijak. Saya rasa Datuk Najib lebih memahami anak buah datuk..
d) MCA dan MIC perlu diperkukuhkan dari segi aktiviti masyarakat dan kebajikan masyarakat. UMNO bernasib baik kerana mempunyai Putera dan Puteri..
e) Pemimpin UMNO, MIC dan MCA harus selalu bersama di kaca TV, untuk menonjolkan satu Malaysia. Ini merupakan satu lakunan yang remeh tapi saya percaya kekuatan perpaduan akan muncul dari situ kepada semua akar umbi rakyat Malaysia.
Akhir kata, saya sebenarnya terlalu risau akan senario politik sekarang. Jika BN tidak berhati-hati, sokongan akan merosot kerana poltik Malaysia adalah mutli- rasism. Kalah tidak mungkin tapi mungkin merosot.
0 Ulasan