Tarikh 22hb April merupakan ulangtahun perkahwinan aku yang ke 9. Dah lama rupanya aku kahwin..hehe. Dan bersyukur kerana sepanjang perkahwinan ni tiada isu2 terlalu panas berlaku. Yang panas ada ler
tapi biasa adat suami isteri pasti ada pasang surutnya. Aku nikah pada 19hb April tapi isteri aku dan aku sambut 22hb kerana ia adalah tarikh kami honeymoon sebagai pasangan sah. Dan juga kenangan termanis,
perjalanan sesat dari Melaka ke Pulau Pinang selama 13jam..hahaha.Hancus hari pertama honeymoon..kekeke.
Aku berdoa agar ikatan ni berkekalan hingga hayat aku yang terakhir. Aku bertuah memiliki isteri yang memahami sikap angin aku dan kelam kabut aku. Dan seperti biasa kami sambut ulangtahun kami dengan makan2 nasi beriani!! kekeke Bini aku tanya biasanya kalau sambut ulangtahun, suami kena belikan paling
koman pun gelang Dan paling2 teruk rantai emas. Aku senyum ajer.Yang penting untuk aku memori ulangtahun. Cayang, kalau bisnis abg menjadi, bukan rantai emas abg belikan, abg siap belikan mangga rantai emas lagi...kekeke.
1 Ulasan