Sekarang ni aku sudah faham makna atau perbezaan IQ tinggi atau boleh berfikir. Kadang2 IQ yang tinggi pun tak guna kalau tak boleh berfikir atau kata lain fleksibiliti dalam pemikiran.
Dalam dunia pekerjaan berfikir amat penting dan bonus tambahan jika anda pekerja pengalaman.
Setiap hari kita pelajari benda yang sama cuma situasi sahaja yang berbeza. Jika seseorang itu IQ rendah pun kita mampu ajarnya dengan mengajarnya berkali. Method yang sama kita gunakan mengajar orang OKU.
Tapi proses berfikir datang dari kita. Jika kita sudah mempunyai ilmu kita hanya perlu mengolahnya dengan berfikir!!! Masalah timbul jika kita tak mahu berfikir dengan ilmu dan pengalaman yang kita ada.
Jika tidak memang payah jika kau ceburi dalam bidang pekerjaan terutama melibatkan bidang management. Jumpa customer pun senang, kalau nak goreng customer pun kena berfikir kalau tak hangus. Hari ni ada mood motivasi..hehehe. Selamat berfikir!! Jangan rendah diri jika anda tak pandai kerana Albert Einsten pun tak pandai tapi kerana ia pandai berfikir ia dapat cipta BOM ATOM!!!.
Dalam dunia pekerjaan, apa jua kerja yang kita buat kita pasti akan diajar walaupun bukan bidang
anda, dari situ anda dapat ilmu tapi JIKA IQ rendah(BUKAN BODOH) makan masa sikit tapi lama2 pandai ler. Yang membezakan kemajuan anda setelah ada ilmu dgn orang lain ialah jika anda pandai berfikir!!
0 Ulasan