Nur kasih buat aku pening

Nur kasih buat aku pening

Pamplet Nur Kasih yang aku dapat

Remy sign untuk anak aku!!! ( Aku sign sendiri)
Sekarang ni kat wayang tgh tunjuk Nur Kasi The Movie. Kesinambungan sambungan drama tv paling popular dgn penonton melebihi 3 juta orang.

Penonton utama ialah kaum hawa termasuk si isteri, adik-adik perempuan, makcik-makcik dan nenek dan anak2. Ini lah punca masalah aku.

Semalam aku terpaksa beli 3 keping tiket wayang. Satu untuk mak aku, lagi satu untuk bini aku dan lagi satu untuk AKU!! Orang tua aku dari semalam asik tanya wayang dah keluar filem Nur Kasih tak? Aku dah memang tau trik mak aku dah..hehehe. Lalu aku ajak mak aku nonton Isnin ni.

Bini aku tentu suka ler!! Dari itu ari bini aku kias2 bahasa pasal Nur Kasih, aku buat bodoh ajer..kekeke. Akhirnya terkena juga. Semalam masa nak beli tiket punya penuh orang rupanya pelakon Nur Kasih
datang.

Aku malas nak himpit2, tetiba aku teringat anak aku Hanis nak gambar sama Adam. Lalu mahu tak mahu aku selit dengan harapan dapat sign si Remy. Malang tak berjaya!  Tadi aku sign tipu kat pamplet Nur Kasih, tulis TO Hanis FROM REMY..hehehe.
Semalam kasi kat anak aku, punya happy muka dia...

Berbalik cita aku pula, aku tak terbayang betapa pressure nya esok aku nak tonton cita melayu tahap sedih ni. Aduss!! Demi perempuan2 yang aku sayang, biarlah aku menjadi lilin yang membakar badan ini..huhuhu!!

Catat Ulasan

0 Ulasan