![]() |
Pemandangan padang pasir di Jordan |
![]() |
Adam sedang mengajar remaja nakal |
Nur Kasih sebuah filem emosi dan kesedihan yang bisa menyentuh hingga ke lubuk jiwa seorang manusia. Benar!!
Sebuah penceritaan yang memberi erti sebenar tentang cinta. Bukan pasangan kekasih yang asyik di madu asmara tetapi tentang pasangan suami isteri yang kekal bercinta hingga ke akhir hayat.
Kata Adam kepada Nur ketika sesat dekat Jordan " Nur tidak perlu risau jika sesat kerana abang pasti akan datang mencari Nur"
Membuka erti kesetiaan yang tiada berbelah bagi dan kepercayaan yang tiada batasnya.
Memberi kesedaran akan ujian Allah pada kita dan sebagai manusia adakala kita akan tewas namun iman adalah segalanya.
Erti persaudaraan amat besar maknanya dalam Nur Kasih, susah dan senang pikul bersama.
Kasih sayang ibu kepada anaknya...seorang ibu walau terguris hati oleh perbuatan anaknya, pada ketika itu dia memaafkannya kerana tanggungjawab seorang ibu mahukan anaknya mendapat berkat di dunia dan akhirat ( Itu kata ibu Adam ketika Adam memohon maaf kepada ibunya)
Itulah intipati Nur Kasih:
Selain itu latar belakang atau cinematografi ( betul ker) amat cantik, terutama latar belakang negara Jordan yang seperti lukisan di atas kanvas ( itu kata Tiz Zaqyah semasa menaiki keretapi)..Memang benar.
Selain itu aku juga patut memuji kamera man atau penyuntingnya yang mempunyai idea atau imaginasi yang baik. Pemandangan di kampung juga di olah dengan baik.
Penggunaan ayat yang bombastik merupakan satu kekuatan filem ini..lihat contoh-contoh ayat di atas yang digunakan..memang indah sekali....
Kekuatan jiwa dalam filem ini memang mencabar, hasrat hati anak muda yang memberontak ingin pulang ke pangkal jalan. Tetapi di halang oleh pendakwah agama ortodok yang menyekat hasrat hati pemuda tersebut . Namun masih terdapat insan yang tidak berpikiran jumud seperti pendakwah yang berilmu tinggi tapi lemah dalam menilai anak-anak muda sekarang..
Perasaan terbesar ialah keguguran anak Nur dan kematian isteri Aidil adalah dugaan terbesar mereka. Ditambah lagi kesakitan Adam yang akan membawa maut kepadanya.
Satu filem yang menarik , kata bini aku BEST!!!. Tapi untuk aku...aku memang tak mampu menahan lihat cerita-ceriat sedih ini...so no komen..Aku hanya boleh komen dari segi nilai seni filem ini..hehehehehe. Walau apa pun semalam aku pun hampir menitiskan air mata melihat babak sedih yang melampau but u know me...macho man mana boleh nangis.......hahahahahaa.
Sila baca entri bagaimana aku boleh tersesat menonton filem Nur Kasih :
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/05/nur-kasih-buat-aku-pening_22.html
2 Ulasan
Sesekali layan jer bini ni....pompuan ni susah nak tunjuk emosinya. Tetapi bende sekecil manapun jika kita pernah buat untuknya...kit abuat..fuhhh!!! dia mesti terharu..Tak Caya cuba buat!!! hahahahha.