Osama Laden akhirnya mati dibunuh oleh tentera Amerika. Pengumuman Presiden Amerika Obama mengesahkan kematian penganas paling dikehendaki di dunia. Osama dalang utama 11 Sept 2001 yg mencalarkan luka paling dalam ingatan rakyat Amerika.
Aku memang tidak menyokongkeganasan. Dan aku berharap jangan ada sesiapa simpati atas kematian
Osama. Ironiknya tarikh pengumuman kematian Osama adalah sama dgn tarikh kematian Hitler!! Tindakan Osama telah mengubah senario dunia.Islamfobia telah terjana di seluruh dunia. Memberi ketakutan bukan kpd penganut agama lain tapi penganut Islam!!
Pihak asing juga telahmengambil kesempatan menyerang negara Islam seperti Iraq, Afghanistan
dan negara2 lain. Siapa yg sengsara? Osama? atau penganut agama islam.
Belum lagi nasib penduduk Palestin yg terabai kerana dunia sibuk memandang penganut Islam.
Selain itu jihad telah disalah ertikan dgn penganut islam menawarkan diri menjadi PENGEBOM BERANI MATI. Bangga menabik dada bhw pihak asing paling takuti pengebom berani mati kerana
hanya penganut islam sahaja mempunyai keberanian ini.
Selain itu juga, rangkaian Osama AL-QAEDA telah meracun pemimpin islam yg lain spt berlaku di Indonesia, pengeboman di Bali. Tercalar lagi imej Islam.
Penganut Islam juga dilayan spt kelas bawahan, kalau naik kapal terbang kena check satu badan. Sedih!! Yahudi pula mengambil kesempatan menarah tanah Palestin. Ini adalah contoh besar yang berlaku di dunia Islam akibat tindakan Osama.
Apa kebaikan yg beliau bawa, hanya kepuasan dapat membunuh beribu-ribu orang awam dan sedikit
menakutkan Amerika. Alasan yg diberi ialah menjunjung nasib Palestin. Osama yg mempunyai dana kewangan yg banyak sepatutnya menggunakan sumber kewangannya dgn cara yg betul bukan mengangkat senjata dgn cara yg salah. Benar!! Orang islam patut mempertahankan diri mereka jika dikejami tapi alasan dan tindakan Osama adalah SALAH!!
Tapi kenapa Osama jadi begini? Persoalan ni akan saya huraikan melalui WHO IS OSAMA? Adakala persekitaran juga membentuk personaliti seseorang. Setiap hari melihat kekejaman terhadap org Islam membuat Osama kecewa.
Itulah kemunculan Osama dari polisi antarabangsa yg kejam. Seperti juga bagaimana muncul pengebom berani mati. Mereka sanggup mati keranamereka tiada sesiapa di dunia ni. Ahli keluarga mereka semua mati
dibunuh. Tapi adakah alasan itu menghalalkan tindakan mereka dan Osama. Kesimpulannya aku tidak simpati apa yg berlaku pada Osama kerana keganasan beliau tidak kena caranya. Tapi sebagai saudara islam
aku doakan agar rohnya dicucuri rahmat.
0 Ulasan