![]() |
Klik untuk besarkan |
Sekumpulan kecil tentera Amerika dengan menaiki helikopter malam pergi ke kawasan Osama. Selepas 40 minit pertempuran akhirnya Osama laden, dan anak lelakinya, seorang perempuan dan 2 lelaki mati.
Itulah cerita tentang kematian Osama Laden .
Tapi tajuk hari ini adalah melihat bangunan persembunyian Osama Laden yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan sehingga pihak Amerika mengesahkan butiran awal bahawa tempat sebegini memang tempat tinggal Osama Laden.
Hideout Osama
Lihat pelan bangunan persembunyian Osama.
Pertama, keluasan kawasan apersembunyian Osama Laden adalah 8 kali besar dari rumah-rumah berdekatan .
Selain itu, tempat persembunyian Osama dikelilingi oleh tembok setinggi 12 hingga 18 kaki tingginya serta di litupi oleh dawai berduri.
Terdapat 2 pintu masuk yang dikawal ketat dan merupakan kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki sesuka hati.
Selain itu sampah sarap mereka dibakar daripada dibuang untuk dikutip oleh pemungut sampah atau jiran.
Tingkap bangunan setinggi 3 tingkat itu juga menghadap kawasan kubu mereka dan disekeliling bangunan itu juga terdapat tembok persendirian setinggi 7 kaki!!! selain tembok diluar konpaun mereka.
Selain itu kawasan yang dianggarkan bernilai 1 juta US itu jua tiada perkhidmatan telepon atau internet .
Lokasi tersebut yang terletak di Abbottabad merupakan kawasan peranginan popular dikelilingi oleh bukit-bukit hijau berdekatan Pakistan - Kashmir. Jarak perjalanan Abbottabad ke Islamabad lebih kurang 35 batu. Walaubagaimana pun bagaimana Osama di jumpai setelah 9 1/2 tahun selain keadaan keselamatan rumahnya yang mencurigakan dan unik ialah penangkapan utusan Al-Qaeda yang dipercayai oleh Osama.
Kesimpulan
Teori yang mengatakan Osama bersembunyi di gua-gua berselirat di Afghanistan rupa-rupanya meleset sekali. Disebabkan maklumat tersebut , pihak Amerika telah menjalankan operasi yang sia-sia!!
Selain itu kesilapan Osama ialah keselamatan bangunannya yang terlalu menonjol juga membari satu kepastian kepada pihak Amerika bahawa Osama tinggal disitu.
Kecuaian yang lain ialah sumber maklumat kepada Amerika dengan tertangkapnya orang kepercyaannya juga merupakan penyumbang terbesar kepada kematian Osam. Dalam kejadian ini juga orang kepercayaan Osama juga terbunuh .
Walau apa pun, taktik Osama yang berjaya menyembunyikan diri selama ini patut dipuji.
0 Ulasan