Hari ni tengah tengok Melodi dan ada VIP datang, anak Dato Najib pasal acara belia ni. Tetiba teringat akan könsep politik dunia terkini iaitu E-class. Konsep e-class atau kelas elit ialah mereka sentiasa menjaga diri mereka termasuk kesinambungan politik keluarga.
Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia seperti keluarga Lim Kit Siang, Abdul Razak, Hussein Onn. Tetapi di seluruh dunia seperti legasi Kennedy, George Bush atau Lim Kuan Yew. Keluarga E-CLASS ini amat perlu pada pendapat aku kerana persediaan sebagai pemimpin perlu dididik sejak kecil agar pemahaman politik lebih teratur. Tetapi jika kepimpinan keluarga ni berterusan maka generasi selepasnya tidak dapat menyelami realiti rakyat. Kerana generasi ini terdidik atas lubuk duit!!
Maka ketidakpuasan rakyat akan meletus. Lihat kesan pilihanraya Singapura, kalah 8 kerusi kuat. Mesir pula tumbang kerana salah satu sebab hendak naikkan anaknya. Kesan yang lain ialah pembentukan dasar
yang salah, disebabkan tak dapat memahami jiwa rakyat, dasar menjadi beban kepada rakyat.
Kenapa Mahathir di sukai kerana ia berasal dari kelas pertengahan dan gaulannya bermula dari rakyat. Sama macam Anwar Ibrahim! Mereka memahami kelas pertengahan dan bawahan di sebabkan latar belakang mereka. Walau apapun kepentingan politik keluarga amat penting. Pertama kabel komunikasi yang baik disebabkan kedudukan mereka dan secara tak langsung tindakan jadi pantas. Tak perlu terhegeh2 nak belajar.
Entri hari ni adalah idea spontan aku. Sejak kebelakangan ini, aku asik menulis tentang politik dan mengkritik kerajaan. Minggu lepas adalah minggu politik...hehehe
0 Ulasan