Problem kemanusiaan

Problem kemanusiaan

Minggu lepas tempat kerja hadapi masalah kemanusiaan kritikal. Maksudnya masalah attitude!

Pertama, staff aku menengking operator sampai histeria budak tu. Yang lawaknya masa kena histeria ia jerit nama staff aku, dah satu dunia tau staff aku yg marah dia. Kena kaunseling ngan HR. Staff mana boleh marah operator kerana kalau operator problem bermakna staff yg problem. Akhirnya dia didapati tak bersalah kerana punca hanya teknikal komunikasi yg salah. Yang salah ialah boss aku dan aku kerana tak ajau staff cara berkomunikasi.

Selesai masalah pertama!! Kedua,ialah operator ngan operator Nepal bergaduh. Gaduh pasal bag material salah guna. Bertumbuk lak tu. Kawan dia panggil aku dan mahu tak mau terpaksa aku selesaikan. Mula2 aku
mcm biasa, maki dua2 operator tu Kemudian aku maki operator yg start guna penumbuk. Rules kata tak kira siapa yg salah tapi jika dia yg mulakan tindakan fizikal maka dia yg salah!! Selesai jugak, kasi last warning!

Ketiga, leader Indonesia tak suka chief leader dia. Kerana asik marah dia ajer dan leader aku dah masuk tahap tension. Siap nangis2 lagi. Waduh!! Pening kepala aku. Ni susah sikit kerana aku tak blh marah chief leader aku krn selama ni tugas dia baik. Mungkin aku akan nasihatkan chief leader aku. Masalah leader yg sorang lagi, aku nak nasihat jugak. Kes belum tutup lagi!! Baik jaga mesin dari jaga orang. Dahlah production aku tengah mencanak naik, reject tengah naik. Datang pula masalah ni. Itulah life kerja aku. Memang menarik danberbahaya kalau salah ambil tindakan!

Catat Ulasan

0 Ulasan