![]() |
Letrik Oh Letrik... |
Aku dah boring sama kerajaan BN yang tak habis-habis naik itu dan ini. Itu hari aku dengar Muhyiddin kata semua jentera bersiap sedia untuk pilihanraya umum akan datang. Berikan komitmen yang tinggi dan satu
padu. Aku sebagai ahli UMNO yang hampir low performance kepada BN makin low lagi bila dengar tariff elektrik naik lagi.
Bagi aku tak ada masalah kerana kadar penggunaan aku amat rendah tetapi golongan yang mempunyai anak yang ramai dan isteri suri rumah pasti menggunkan elektrik yang tinggi kerana masa dihabiskan di rumah adalah banyak. Macam aku pergi kerja pagi ...balik dah malam. Atau orang tua kata pergi bergelap balik pun bergelap...kekekekkeke. Jarang kat rumah maka elektrik pun kurang guna..
Aku tak faham apa motif kerajaan BN ini, menaikkan semua harga barang pada waktu-waktu kritikal macam ini. Takkan nak tolong kroni time macam ini kot. Cukup-cukuplah menolong kelas tertentu dan menolak beban kepada rakyat yang sedang berperang nak hidup ini...TNB shareholder makin naik dan makin kenyang poket kerana margin keuntungan makin tinggi!!!!
Aku dan kawan-kawan, golongan kelas menengah ini bergenang air mata mencari rezeki untuk membantu bayar bil-bil agar poket mereka makin padat....
Sedarlah wahai ahli politik yang membuat dasar!!! Jangan sampai anda kehilangan kuasa satu hari nanti. Sekarang semua bersorak menanti poket yang sudah ketat. Bila hilang kuasa semua perbuatan anda akan terbuka luas pada masa itu bila SPRM cari anda, media tak hormat anda lagi , rakyat kutuk anda....baru sedar kuasa rakyat yang anda sia-siakan dahulu... ...
Aku sebagai mewakili hati rakyat...ingin memohon kepada kerajaan cuba selami hati rakyat ini..
Jangan kata tak ada duit...check balik semua tender dan projek yang berbillion itu serta check projek gajah putih anda!!!
Kasihan pada Datuk Najib mendapat pembantu-pembantu dasar yang tak efisien...yang hanya senyum dan angguk di hadapan tapi menikam di belakang...
1 Ulasan