Wajib mengundi Untuk warga Singapura

Wajib mengundi Untuk warga Singapura

City Of Singapura
Pilihanraya umum Singapura dah bermula. Aku malas nak ulas tentang pilihanraya Singapura kerana aku dah tau parti mana yg akan menang sejak 50 tahun lalu. Tapi aku bkn nak cerita tentang politik tapi kerjasama rakyatnya mengundi.

Mula2 aku tengok kat tv, aku hairan dan takjub melihat rakyat Singapura beramai-ramai beratur untuk mengundi. Mereka blh luangkan masa utk mengundi padahal satu dunia tau orangSingapura ni sibuk cari duit utk memenuhi 5C. Tau kan?

Tiba2 masa tonton tv ada satu insan tu tak dpt nak mengundi kerana sakit lelah dan jantung. Dah dtg kat peti mengundi tapi disebabkan masalah kesihatan terpaksa beliau balik. Beliau berharap tak kena saman dolar Singapura 6K atau penjara 2 bulan kalau tak mengundi. Lebih kurang mcm tu aku dgr. Ohhh!! sebab tu ramai rakyat Singapura mengundi takut kena denda. Kalau nak harapkan sukarela, memang tak dtg punya!!

Apa yg terlintas dalam kepala aku ialah BAGUS!! Undang2 sebegini wajar dilaksanakan di Malaysia. Baru sistem demokrasi benar2 terlaksana!! Kerana demokrasi adalah pilihan rakyat mencari pemimpin. Dan zaman sekarang ni, golongan muda bukan ambil peduli tentang mengundi tapi pada masa sama suka kutuk kerajaan atau sokong kerajaan.Golongan atas pagar ni kita patut pagarkan dulu dan cara terbaik ialah ikut caraSingapura. Dipaksa mengundi, tunjukkan sokongan dan bantahan kau melalui sistem undi bukan membebel ajer.

Catat Ulasan

0 Ulasan