![]() |
Osama Bin Laden |
Disini adalah perjalanan hidupnya:
1957 - Nama sebenar Osama bin Mohammad bin Awad bin Laden dilahirkan di Riyadh,merupakan salah satu daripa 50 adik beradik jutawan perniagaan.
1976 - Pelajari bahagian pengurusan dan ekonomi di Jeddah
Dec 26, 1979 - Soviet Union menakluki Afghanistan. Dari tahun 1984 Osama terlibat di Peshawar untuk menyokong pejuang sukarela Arab menentang Soviet Union.
1986 - Osama berpindah ke Peshawar, memulakan perniagaan membeli senjata dan membina sendiri brigade tentera kecil daripada pejuang sukarela.
1988 - Al Qaeda di tubuhkan sebagai satu rangkaian Muslim radikal yang menuntut fundamental dari negara masing-masing dan mempunyai ikatan membenci Amerika, Israel dan negar amuslim yang menyokong Amerika.
1991 - Osama meninggalkan Arab Saudi kerana Arab Saudi bersengkokol dengan Amerika menentang Iraq.
June 1993 - Keluarga Osama membuang Osama sebagai pemegang saham.
April 9, 1994 - Arab Saudi telah melucutkan kewarganegaraan Osama kerana propagandanya menentang Raja Arab Saudi.
May 1996, Osama didesak meninggalkan Sudan selepas Amerika memberi tekanan kepada kerajaan Sudan, Beliau lari ke Afghanistan.
August 1996 - Osama mengeluarkan fatwa iaitu semua tentera Amerika harus dibunuh
October 1996 - Amerika mengenalpasti Osama sebagai suspek utama pengeboman di Arab Saudi sehingga membunuh 24 warga Amerika dan 2 warga India.
August 7, 1998 - Letupan trak yang meletupkan kedutaan Amerika di Nairobi dan Dar es Salaam telah membunuh 224 orang termasuk 12 warga Amerika. Amerika menuduh Osama sebagai perancang pengeboman ini.
October 12, 2000 - Al Qaeda menyerang kapal pemusnah USS Cole di pelabuhan Yemen dimana 17 pelaut Amerika terbunuh.
September 11, 2001 - 3 kapal terbang yang di rampas telah memusnahkan New York Trade Center dan memalukan Pentagon. Hampir 3000 orang terbunuh.
September 17, 2001 - Presiden Amerika George W. Bush berkata mahukan Osama "HIDUP ATAU MATI"
October 7, 2001 - Amerika menyerang Afghanistan yang diperintah Taliban kerana disyaki penyumbang dan pelindung utama Osama Laden dan Al Qaeda.
December 26, 2001 - Osama berucap berkata serangan 9/11 adalah sebagai usaha menutup sokongan Amerika kepada Israel
September 10, 2002 - Media Al-Jazeera berkata Osama sebagai insan telah mengubah hala tuju sejarah.
November 2002 - Al Qaeda mengaku bertanggungjawab terhadap 3 pengeboman kereta di Mombasa Paradise yang penuh dengan warga Israel yang telah membunuh 15 orang dan mencederakan 80 orang.
October 2004 - Osama Laden muncul di video semasa kempen pilihara Amerika untuk menjatuhkan Bush.
January 2006 - Osama Laden muncul di video setelah setahun menyepi diri dengan mengatakan ia masih mengetuai Al-Qaeda.
September 2006 - Bush berikrar akan mencari Osama
September 2007 - Osama mengeluarkan video dengan mengatakan Amerika gilakan kuasa.
May 18, 2008 - Osama menggesa Muslim agar melanggar kawalan ke atas Gaza oleh pihak Israel ( Gaza di perintah oleh Hamas pada masa itu)
January 24, 2010 - Osama mengaku kegagalan beliau merancang pengeboman Amerika pada Desember 25 dan berikrar akan terus menyerang Amerika.
January 26, 2010 - Presiden Obama berkata Al-Qaeda telah dilemahkan oleh tindakan Amerika yang berterusan.
March 25, 2010 - Osama mengugut akan membunuh warga Amerika yang di tawan berikutan perancang September 11 Khalid Sheikh Mohammad di hukum bunuh.
January 21, 2011 - Osama dalam videonya mengatakan akan membebaskan tebusan Perancis di Nigeria jika askar Perancis meninggalkan tanah Muslim.
May 1, 2011 - Osama Laden telah dibunuh oleh tentera Amerika.
Di tahun 1996, Osama telah mula bertindak secara radikal melakukan pembunuhan atas dasar membenci Amerika. Jika dilihat secara terperinci Osama benar-benar membenci Amerika yang menyokong Israel. Itu ideologi beliau yang pertama.
Pada tahun 1996 juga keupayaan Al- Qaeda makin kukuh dengan melakukan pengeboman dahsyat sehingga kepada peristiwa 9/11.
Pihak Amerika sememangnya mengetahui Osama sebelum ini tapi kelewatan Pentagon mengenalpasti beliau sebagai ancaman utama telah memakan diri mereka.
Pembabitan pertama beliau di Afghanistan merupakan titik tolak penubuhan Al-Qaeda dan juga sumber beliau memperolehi senjata peperangan. Sebab itu tidak hairan Taliban menyokong beliau kerana asas keganasan beliau dari penjajahan Soviet Union di Afghanistan.
Osama sejak di bangku pengajian lagi mempunyai semangat patriotik Islam yang tinggi, apatah lagi permulaan perjuangan adalah dari kekerasan menentang Soviet. Didikan awal perjuangan Islam beliau bukan secara diplomatik. Dan pergaulan sekeling beliau telahmembentuk peribadi beliau sebagai manusia yang keras.Tidak hairanlah beliau lebih kepada keganasan!!
0 Ulasan