Kepuasan Bergambar - My Photo

Kepuasan Bergambar - My Photo

The Drop
Hari ini entri aku tentang gambar yang aku ambil. Disebabkan lama sangat tak ambil gambar sejak berniaga ini skill aku yang memang dah tumpul ni makin tumpul..hehehehe.
So minggu lepas aku menghabiskan beberapa jam ambil gambar eksperimen kat rumah  Nak tengok OK atau tak?






Big Drop!!
Memang terkial-kial nak ambil gambar ni..
Terlupa tentang THE TRIANGLE  - shutter speed, aperture dan ISO. Lebih-lebih lagi amik gambar eksperimen. Terpaksa buka buku yang lama aku simpan dan monitor balik setiap gambar.
Ada satu artikel yang aku baca..perbezaan antara pro dan amatur ialah jumlah gambar yang diambil.
Kalau kau pro, kau tidak akan mengira jumlah sasaran gambar yang diambil .Kau akan ambil seberapa banyak yang mungkin.
Selepas tu kau akan check beribu-ribu gambar yang kau ambil dan mesti ada gambar yang  baik punya.
Especially jika kita ambil gambar perkahwinan, tak boleh lokek ambil gambar kerana memori orang yang berkahwin tu kita kena hargai.
Perbezaan amatur pula, dia takut nak ambil gambar banyak disebabkan takut kad memori habis atau bateri cepat habis. Tu psikologi biasa pengambil gambar amatur.

Ohh!!! aku pun memang macam tu
Bee.....

Selain apa yang aku baca ialah tentang ISO. Selalunya kita akan pakai ISO yang rendah. Of course!!!

Kerana jika guna ISO yang tinggi nanti gambar banyak yang noise. Gambar noise susah nak edit!! Dan kualiti semestinya out.



The Crown?
Gunakan ISO tinggi!!!!! Kata artikel tu. Alasannya  jika kita ambil sesuatu tempat yang agak gelap kita boleh gunakan ISO yang rendah tapi pada masa yang sama terpaksa gunakan shutter speed yang rendah.
Keburukannya ialah kemasukan cahaya yang lama dan bila lama maka kalau kamera goyang habislahhh!!!

Epal aku makan untuk diet...

Adakala kita terpaksa membuat pilihan, yang penting kata artikel tu APA YANG KITA HENDAK? Apa salahnya guna ISO tinggi kalau gambar yang kita hendak ambil tu menetapi kehendak kita.

Selain itu bila bergambar buat sesuatu diluar kebiasaan, gunakan imaginasi anda. Imaginasi atau angle tak boleh diajar tapi datang dari hati...

Itu kata-kata pro yang aku baca lerr...Aku terpaksa beli buku kamera sebab dah terlupa...hehehehhe.
Aku nak kongsi dengan semua rakan-rakan ilmu yang aku terima ni...






SELAMAT BERGAMBAR DAN OK TAK GAMBAR YANG AKU AMBIL NI....
Yang penting aku puas bergambar..cantik atau tidak aku puas. Namun semua camera man bercita-cita nak ambil gambar yang terbaik . Siapa tak mahu...
Kalau nak lihat koleksi gambar aku, boleh klik Flickrs kat sebelah tu atau nak lihat gambar pelancongan boleh klik kat gambar Masjid Selat tu...

Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
paling cantik gambar titisan air tu, mesti ssh nak tangkap kan :)
THE AUTHOR berkata…
thanks..
memang payah..
sampai basah dapur...tuuu..
hehehehhe
Noor Fatin berkata…
peh hebat gila ah! bf saya pandai la bab2 fotografi ni. saya kurang. hehe ;D
THE AUTHOR berkata…
Terima kasih ...
Nak kawan ngan bf you..
Komuniti fotografi ini mesti kena kenal2