Dalam dunia perkerjaan, apa yang aku rasa penting bukan gaji tapi minimum supervising!!!!
Minimun supervising bermaksud kita melakukan kerja dibawah pengawasan yang rendah.
Kita mempunyai kebebasan dalam membuat kerja tanpa terikat dengan setiap arahan yag melampau.
Maksudnya kita bekerja follow procedure..
Boss kau tak kacau kerja kau, meaning tak payah sikit-sikit nak jumpa atau repot kat dia.
Baru ketenangan bekerja dapat dilakukan dengan tenang.
Peristiwa 1:
Untuk aku sejak 2 minggu kebelakangan ini, terasa tension bekerja kerana terpaksa bekerja dengan boss aku. Boss Jepun aku...hehehhee.
Ini disebabkan beliau kena buat presentation pasal satu projek yang kini Jepun HQ aku monitor.
Boss besar HQ nak datang dan lihat perkembangan projek baru ini.
So dia arahkan aku dan kawan aku buat presentation tu nanti, terpaksa ler sebab aku jaga production dan kawan aku jaga QC dan segala perkembangan projek memang kami tahu.
Mula-mula nak data macam ni, so aku buat ler...hari Jumaat nak data macam ni pula...sampai hari sabtu aku kena OT!!!
Isnin aku presentation data, lain lak dia nak...puhh!!! benggang aku dibuatnya.
Terpaksa buat lagi sekali dan ubah sikit-sikit. Malas aku nak ubah banyak-banyak.
Tadi hari ini ubah lagi, tukau gambar sikit-sikit dan data...iskkk!!!
Penat siookkk!!! Hari ini baru rilex sikit dan tenang..
Sebab dia tengah presentation data yang aku dan kawan aku buat.
Kami juga awal-awal dari training nak buat presentation takut tiba-tiba dia suruh kami lak presentation...hehehhhe
Bukan boleh pakai dia orang ni...
Aku kata kat kawan aku, namanya Madam Thana "
Kita dah beratus-ratus presentation, tapi kali ini kelam kabut"
Kawan aku kata"
Biasalah Nep, boss kena buat presentation, mestilah kelam kabut. Kalau kita kena buat dia orang buat dono ajer"
Aku senyum tersengih..
Apa nak buat, suka tak suka dia jadi boss kita, terpaksa ikut ajer. Kalau nak ikut kepala kau ..kau ler jadi boss. Itu prinsip aku dalam nak elakkan tension.
Peristiwa 2:Kalau baca entri aku yang terdahulu , kau orang mesti tahu keadaan kualiti tempat kerja aku yang merudum jatuh pasal budak-budak baru ni especially Myanmar.
Aku dah janji ngan boss production aku " Boss, U kasi I 2 minggu kasi setel ni bende"Sekarang dah sebulan tak setel-setel jugak...hehehehe
Akhirnya boss aku masuk campur turun padang, Dan kesukaan boss aku ni suka buat 5'S iaitu kemas mengemas.
Apa lagi semua budak-budak production dari leader hingga aku, berpeluh ketiak buat 5'S.
Macam biasa kalau kau jadi boss, kau ajau sikit-sikit dan selebihnya kau kena buat...hehehehehe.
Data control lak, emmm diperketatkan, semua information tentang defect kena repot. Amik kau!!!
Tiap-tiap hari kena basuh dengan Clorox Cap Minyak Panas.....
Inilah akibatnya kalau boss campur tangan kerja kau,
Banyak kali aku cakap ngan budak-budak aku , jangan kasi boss campur tangan kerja kau.
Nanti kau orang juga yang tension dan paling penting TRUST hilang...
By the way, akibat desakan boss aku ni, semangat kerja makin bertambah pada semua orang dan aku. Di tambah lagi peristiwa tempoh hari budak-budak Myanmar yang sabotaj tak datang kerja menambahkan alasan kami perkukuhkan monitoring kami tanpa belas kasihan punya.
Syukur alhamdulilah, nampak sedikit improvement, cuma yang penat aku terpaksa kekal dengan muka ganas aku bila rounding production area. Konon-kononnya tengah tension ler.
Dan atas sokongan boss aku jugak, budak-budak ini ada sikit hormat kat staff..
Kesimpulannya, lain kali kalau kau nak kerja senang. BUAT KERJA BETUL-BETUL JANGAN SAMPAI BOSS KAU CAMPUR TANGAN. KALAU BOSS KAU CAMPUR TANGAN...HEHEHEHE..PADAN MUKA KAU...
Tapi kadang-kadang ada juga boss yang memang suka campurtangan lebih2...ni yang buat kita tension.
0 Ulasan