Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa Kepada semua bapa-bapa Di Malaysia termasuk aku.
Hari Bapa di Malaysia kurangsangat popular berbanding Hari Ibu.
Kerana perwatakan seorang bapa dan ibu dari segi kasih dan sayang besar bezanya.
Semua bapa sayangkan anaknya tapi sebagai lelaki pasti ada egonya dalam mendidik anaknya.
Kalau tanya mana-mana kawan-kawan siapa yang paling garang. Semua jawab Bapa!!!!

Tapi aku kini sebagai bapa dan suami memang dari luarannya agak garang tapi di dalam hanya insan yang sensitif. Tapi tanggungjawab sebagai bapa dan suami kadang-kadang memerlukan ketegasan dalam mendidik anak-anak.
Akutakler segarang ayah aku yang memang cukup cerewet dalam ap ajua kerja yang dilakukan.
Aku tidak sebersih ayah aku jika membasuh kereta kau takkan jumpa habuk dicelah-celah pintu!!
Aku tak sebijak ayah aku yang mahir dalam apa jua bidang. Aku aku tahu hanya mengemas pokok bunga ajer. Itu pun penat ayah aku ajar!!!
Anak ku memanggilku abah dan aku memanggil ayah ku baba..

Benar kata orang . Bila seseorang itu ada di depan mata kita lupa hargainya. Tapi bila tiada baru terasa rindu pada arwah ayahku.
Pada semua rakan-rakan, ayah tugasnya mendidik kita. Sayangilah ia sepenuhnya walau garang macam mana pun. Kerana ayah tugasnya ialah menyediakan kita menghadapi dunia ini. Didikan perlukan ketegasan dan ketegasan sememangnya tiada siapa yang suka termasuk aku.Tapi aku sedar tanpa didikannya, adakah aku akan berada disini.

Aku teringat masa lepas periksa tingkatan lima, ayahku jumpa kau menghisap rokok. Punya ler kecut perut aku. Ayahku ajak aku ke kedai. Dia belikan aku rokok sekotak.
Terperanjat beruk aku dibuatnya.
Cuma satu dipesannya " Merokok takper, jangan hisap dadah. Kalau hisap dadah tak guna kau jadi manusia"
Itu ler salah satu peristiwa terbaik aku dengan ayahku...
Selamat Hari Bapa

Catat Ulasan

2 Ulasan

Andrik McVean berkata…
hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers
NurIsme Khalid berkata…
selamat hari bapa........i kol my dad abah.....tpi abah biasekan diri die sebagai babah....heheheeh