Pada hari Sabtu yang lalu merupakan debaran yang tertinggi kepada seluruh negara Malaysia. Dimana satu perhimpunan haram yang digembar gemburkan disertai 300,00 orang yang ingin memperjuangkan BERSIH dalam pilihanraya.
Namun yang hadir hanya 6,000 orang sahaja pada kiraan kasar. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi bijak berfikir dalam mewujudkan masyarakat harmoni. Masyarakat Malaysia masih lagi berpegang utuh pada kedaulatan undang-undang negara. Rakyat Malaysia bukannya budak yang boleh dipermainkan pemikirannya dan digunakan sesuka hati.
Sudah semestinya apabila tidak ramai menghadirkan diri, pihak BERSIH akan mengatakan sekatan jalanraya adalah penyebabnya!!!! Jika anda seorang yang berpegang pada prinsip perjuangan yang anda juangkan, jangan kata sekatan jalanraya malahan ditahan sekali pun anda akan harunginya!!! Ini menandakan bahawa perjuangan BERSIH ini hanya omongan kosong atau tin kosong yang diketuk oleh Ambiga serta bossnya Anwar Ibrahimnya.
BERSIH berbangga dengan kehadiran 6000 orang, ini tidak dapat dielakkan kerana dari berpuluh juta rakyat Malaysia hanya 6,000 orang sertai perhimpunan ini jika dikira amat kecil. Dalam keluarga, tidak semua yang dilahirkan pisang segar, ada juga sebiji dua pisang busuk. Yang 6,000 orang ini adalah pisang busuk Malaysia...
Dan jika diamati 6,000 orang adalah parti PAS atau Melayu !!!, parti tunggangan Pakatan Rakyat. Itu kata suratkhabar yang aku baca. Ramai betul aku tengok ahli PAS yang memalukan diri memakai kopiah menjerit-jerit dijalanan. Kononnya memberi sokongan yang padu kepada BERSIH namun mereka tidak ketahui siapa pemimpin yang mereka juangkan. Ambiga yang telah mencemarkan nilai-nilai Islam dahulu. Adakah perjuangan PAS kini adalah alat yang digunakan oleh parti-parti lain. Inilah kesannya apabila sesebuah parti dipimpin oleh pemimpin yang tidak berilmu. Hanya ilmu agama yag didabikkan namun ilmu kepimpinan dan ketelusan kosong. Inikah ulama yang kita berjuang bersama-sama.Fikirkan!!!
Sudah pasti pihak PAS yang membaca entri ini akan berdesing telinga tapi fikirkanlah perjuangan anda pada hari Sabtu yang lalu itu adakah selari dengan ideologi yang anda perjuangkan?
Seperti yang pernah saya pernah katakan dahulu dalam entri BERSIH 2.0 : IMPAK DAN KEBODOHAN
Pertembungan dua perhimpunan haram yang akan terjadi iaitu PERKASA, PESAKA DAN PEMUDA UMNO (atau Patriot) bertembung dengan BERSIH pasti akan membawa peristiwa pahit dalam sejarah Malaysia. Namun syukur perkara tersebut tidak berlaku, ini kerana kecekapan pihak polis menahan Khairi serta pemimpin BERSIH terlebih dahulu telah menghalang perkara ini terjadi. Lagipun jumlah manusia bodoh yang menyertai perhimpunan ini amat kurang . Bodoh semestinya BERSIH.
Walau apapun perhimpunan ini telah memberi impak buruk kepada negara, dengar khabar seorang telah meninggal dunia ketika perhimpunan BERSIH ini . Mati yang sia-sia sahaja!!! Tapi aku bukanlah orang yang layak untuk mengulas perkara seperti ini, kerana ia melibatkan ideologi atau pemiikiran seseorang. Tapi sebagai manusia kita diberikan akal untuk berfikir, sebelum kita membabi buta memperjuangkan ideologi kita fikirkan apa kesannya, siapakah pemimpin yang kita ikuti , adakah negara ini benar-benar korup sehingga rakyat hidup susah. Yang miskin terlalu miskin dan yang kaya terlalu kaya seperti di Indonesia atau di Mesir.
Jika anda membaca entri aku terdahulu , aku sememangnya tak berkenan dengan kerajaan sekarang, menaikkan harga barang sehingga menyusahkan rakyat tapi aku tidak akan melakukan perkara seperti semalam kerana kerajaan kita tidaklah seteruk itu berbanding di negara-negara Arab yang lain atau negara Afrika.
Jangan ikuti perkara yang terjadi di Yemen, Mesir sebagai satu inspirasi untuk anda, kerana rata-rata rakyat mereka adalah miskin dan tiada pendidikan. Kita rakyat yang berpendidikan mempunyai nilai-nilai budi bahasa yang tinggi. Bukan ini yang sepatutnya terjadi semalam. Saya malu akan sikap mereka semua ini. Menagih simpati politik dengan menjalankan aktiviti sebegini hina!!!
0 Ulasan