Bazar Ramadhan Projek Selesai

Bazar Ramadhan Projek Selesai

Kuih terakhir dalam proses penghantaran
Semalam adalah hari terakhir aku menghantar kuih raya ke semua kedai Bazar Ramadhan. Syukur alhamdulilah projek ini berjalan seperti yang dirancangkan .
Cuma sekarang menanti dengan sabar perkembangan jualan produk aku. Harapan setiap orang yang berniaga mestilah tinggi. Dan aku salah seorang yang mempunyai harapan yang tinggi agar jualan menarik sempena bulan puasa ini.
Dan stok kat rumah aku pun hanya tinggal amat sedikit sahaja, at least 4 balang kuih sebagai standby stok jika perlu. Itu pun aku dah rancang, kalau tak top up  kuih , aku nak kasi kat mak mentua dan mak aku sempena Hari Raya ini. Berminggu aku berniaga..ke sana ke mari...kalau tak kasi kuih kat mak aku dan mak mentua aku memang tak patut.

Modal untuk tahun ni mahu riban-riban gak..emmm. Tapi ini risiko berniaga, kalau takut jangan berniaga tapi kalau main terjah ajer pun bahaya juga.

Tapi seperti yang aku katakan, tahun ini adalah eksperimen untuk bulan puasa. Kalau menjadi tahun ini, sudah tentu tahun depan aku akan usaha lagi.
Dan tahun ni kalau boleh..aku rancang nak beli lens 70-300mm dari hasil jualan raya ini...kekekekek

Catat Ulasan

4 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
la en hanif ade jual kuih ke..awat tak habaq.kuih ape lg ade? cikasamjeruk ngah cari kuih2 homemade yg sedap. tamo kilang punye..kekeek
THE AUTHOR berkata…
Ini semua home made punya kuih..dijamin baik...hahahaha.

Tapi stok dah tak der...itu hari kasi borong kat kedai2...
cik asam jeruk berkata…
ala yeke..aduh lambat lak tau. xde kuih raya lg tahun ni :(
THE AUTHOR berkata…
hahahahah..datang umah raya tahun ni..tukau asam jeruk ngan kuih