Aku ada membaca satu artikel dalam Reuter berkenaan satu kajian yang dilakukan oleh "National Leteracy Trust" yang mendapati 1 dari 6 pelajar gagal untuk membaca sebuah buku dalam sebulan. Kajian ini dijalankan dengan soal selidik 18,141 pelajar yang berumur 8 hingga 17 tahun dan hasilnya jelas memeperlihatkan anak-anak muda kurang dari separuh kanak-kanak ini gagal membaca sebuah buku dalam sebulan.
Sebaliknya kanak-kanak ini terdedah dengan menulis ayat yang kebanyakkan melaui sms, e-mail dan laman sosial networking seperti Facebook dan Twitter.
Trend sebegini akan memberi impak apabila memasuki alam dewasa. Bayangkan seorang dewasa yang kurang membaca tidak memahami konsonan kata , yang sepatutnya difahami semasa mereka berumur 11 tahun!!! Ini kerana mereka tidak membaca...
Betul gak..minat membaca amat penting kepada semua. Samada anda membaca menggunakan buku atau e-book tidak menjadi masalah. Macam bini aku tiap-tiap hari baca novel adalah sesuatu yang baik, berguna untuk pengukuhan dan pengetahuan bahasa yang lebih baik dari segi pertuturan atau penulisan pada masa akan datang.
Kadang-kadang teknologi ini pun buat pening ajer...facebok, twitter, video game, komputer game dan macam-macam aktiviti baru yang membolehkan kita leka dan terlupa membaca buku.....
Jommmm mari membaca....emmm.. aku bila nak mula membaca?
2 Ulasan