![]() |
Anggota bomba yang telah selesai menjalankan tugas |
Aku dari jabatan lain, mula-mula loceng kecemasan berbunyi aku dan kawan-kawan aku buat bodoh ajer. Yalah biasanya, budak-budak GA ini buat maintance loceng kecemasan suka hati dia orang jer. So, aku masa tu tengah membelek blog aku sambil memikir macam mana nak naikkan pageview. Lama gak loceng tu berbunyi, dah mula mengganggu konsentrasi aku.
Tiba-tiba members aku meneriak suruh keluar ada kebakaran, so dengan lemah lembut aku pun keluar. Masa tu aku masih tak tahu ada kebakaran kat Jabatan Air Cond. Ada budak-budak kata kebakaran kat Jabatan Aircond, aku ingat latihan kebakaran secara tiba-tiba oleh Safety Officer aku yang baru. Dia tiu memang banyak idea bombastik, aku ingat macam tu ler, buat latihan kebakaran secara tiba-tiba..
![]() |
Terima kasih atas kecepatan anda |
Rupa-rupanya memang terbakar. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan yang kasi keuntungan yang tinggi kat kilang aku. Tempat kerja aku ada macam-macam jabatan seperti Moulding, AIM dan DVD.Tapi yang menjana keuntungan kilang ialah Jabatan Aircond.
Sementara kami berkumpul di kawasan pengumpulan, aku dan members aku pi jenguk jap kawasan kebakaran. So kami hanya dapat melihat lori bomba ajer dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kebakaran .
Tapi menurut Safety Officer aku, Jabatan AirCond kami teruk terbakar dan memang teruk basah kuyup dek... pancutan air bomba.. Dalam hati aku mesti 1 minggu Jabatan Aircond kilang aku ni tak beroperasi.
Akhirnya aku punya Human Resource kata semua jabatan lain boleh balik kecuali Moulding dan MPD. Aduss....aku Moulding, emm kena kerjalah aku....hukk.hukk.hukk...
Bila kebakaran berlaku ia akan merosakkan aset-aset kilang dan paling teruk production tak boleh running dan ini memberi kerugian kepada syarikat. Selain itu tenaga kerja yang berlebihan juga menjadi masalah disebabkan production tidak beroperasi....
Habislah BONUS aku tahun ini.........
1 Ulasan