![]() |
Kesedihan melihat anak kecil kebuluran |
Sebagai contoh semalam aku keluar ke bazar Ramdhan bersama keluarga aku ke Bazar Ramadahan Peringgit, Melaka, macam-macam ada. Aku beli karipap sardin saiz XXL, ayam bakar bangsar, Kuih bakar, popiah basah..lagi... emmm lupa lak. Tapi kira banyak gak jugak lak BINI aku beli !!!!
Dan semalam semasa menonton TV, hati aku terharu melihat kematian kanak-kanak berumur 1 tahun bukan kerana kena langgar tapi KEBULURAN (famine). Sebelum tu pun aku ada baca suratkhabar yag menulis walaupun Somalia dilanda kebuluran rakyatnya tetap berpuasa. Mengarut punya headline oleh suratkhabar tu. Statement yang dikeluarkan agak pelik. Memang selama ini rakyat Somalia kebuluran dan tiada makanan. So apa bendenya mereka nak berpuasa... Pelik.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai lambakan makanan kita patut bersyukur kerana tidak hadapi situasi sebegini. Malahan setiap hari pembaziran makanan dilakukan oleh rakyat Malaysia terutama di bulan-bulan puasa sebegini. Nafsu menahan kelaparan telah membutakan mata kita dengan memborong segala makanan yang ada di bazar ramadhan, ini termasuk diri aku!!! Malahan aku pernah difahamkan, ada orang menyimpan wang semata-mata untuk bulan puasa. Dalam bulan puasa ini mereka akan berbelanja untuk membeli makanan kerana makanan spesial hanya keluar pada bulan puasa sahaja.
Tapi tak kisah lah apa jua cara yang kita sambut untuk meraikan bulan puasa ini namun cuba elakkan pembaziran.
So sempena bulan puasa ini kita doakan rakyat Somalia yang menderita kebuluran di bantu secepat yang mungkin. Janganlah kematian mereka disebabkan kebuluran padahal negara-negara membangun dan mju yang lain mewah dengan kekayaan makanan.
Aku hanya boleh menangis dari jauh melihat mereka. Tapi pemimpin Islam yang kaya, boleh ler bantu mereka. Tapi apa yang aku lihat yang sibuk PBB ajer dan beberapa badan Islam NGO. Negara Arab yang kaya buat apa?
0 Ulasan