![]() |
E71 |
Minggu lepas aku ada beli telefon Nokia E71 dari kawan. Jual murah-murah punya.
Aku nak hadiahkan kat orang rumah kerana handphone yang dia pakai ni pun dah lama.
Satu lagi sebagai hadiah Projek Pertama Halinis Food yang berjaya.
Sementara tu aku pakai ler dulu handphone tu, agak gayat juga aku. Ada GPRS yang boleh tahu berapa jauh dari tempat kau bermula ke rumah kau.
Gambar pun agak cantik. Lagi satu buat pertama kali aku pakai butang banyak-banyak. Mula-mula kekok lama-lama rasa macam best lak.(Touch screen aku dah pakai).
Niat hati dah berubah, ingat nak pakai ajer tapi bila fikirkan situasi kerja aku ngan telepon tu tak sesuai.
Tempat kerja aku agak ganas dan pakai telepon sensitif ni memang leceh...Kalau jatuh konpem tak ler pakai .
So, aku kata kat orang umah aku " Abang, tukau housing dulu baru abang kasi kat Ayang yek"
Bini aku jawab "Tak per, abg pakai ajer telepon tu"
Bini aku ni berkias ker atau betul-betul ni.
Nak jadikan cerita, semalam masa bini aku nak keluarkan handphone N9. dia, tetiba terjatuh kat lantai umah yang keras. Kelam kabut bini aku check handphone dia.
Tetiba bini aku berkata " Bang, screen depan tak apa-apa. Tapi masa "on"kan macam OK. "
Aku menjawab "Wayar putus tu, sebab tu screen tak ada" kerana aku ada pengalaman screen kawan aku macam tu.
Aku menjawab lagi" Lin, kalau nak pakai telepon yang ni dulu pakailah" aku menunjukkan Nokia E71 kepada bini aku.
Bini aku jawab " Tak per dulu bang".
Tapi aku tahu mahu tak mahu kalau handphone orang umah aku rosak, aku mesti kena kasi Nokia E71 tu awal sikit...hehehehhehe.
Akhirnya, niat aku tercapai. menghadiahkan handphone kat orang umah aku....
2 Ulasan
ada masa p lah blog sya, kalau sudi...jalan2.... hehhe..
http://cayob.blogspot.com/