![]() |
Isteri dan anak tersayang |
Aidilfitri dan aku termasuk salah seorang daripadanya.
Berjalan sesama keluarga ke rumah sanak saudara serta memohon kemaafan
kepada orang tua adalah tradisi rakyat Malaysia yang diamalkan sejak turun temurun.
Raya pertama tahun ini bergambar bersama keluarga mentua kerana tahun lepas aku dah bergambar kat keluarga aku.
Tahun ini aku yang ambil, kerana dah ada kamera dan flash baru..hehehehehe. Cuma lens jer belum ada.....
Dan tahun ini aku lihat, sesiapa yang berniaga telah mendapat kepulangan yang baik. Aku lihat adik ipar aku semua tersenyum riang sepanjang bulan puasa ini mereka berniaga. Baguslah untuk mereka, aku pun tumpang gembira. Kesenyuman itu juga jelas pada wajah kakak-kakak aku yang berniaga kek pada bulan puasa ini.. Aku pun bersyukur kerana tahun pertama mencuba nasib, agak baik juga untuk aku.
Dan hari ini aku telah mula bekerja!!! Adus!!! Semangat bekerja aku memang tahap paling rendah sekali pada hari ini. Aku minta balik pukul
1.00pm dari boss aku. Nasib baik dia sign. Lega hati aku, tapi aku kata
nak masuk balik kul 3.00pm...kekekekeke.
Walau apapun Selamat Bekerja kepada sesiapa yang bekerja pada hari
ini.....Padan muka kita.
0 Ulasan