Semalam cuti aku tengok wayang Conan The Barbarian , ia dalam kategori 18SX. Cerita hanya untuk orang dewasa dan matang macam aku ...hehehehe. Kanak-kanak memang tak dibenarkan tengok.
Ceritanya memang dahsyat giler, penuh dengan keganasan yang melibatkan kepala kena pancung, penyeksaan yang melampau. Pendek kata memang ganas ler cita ini.
Amat tidak sesuai di tonton oleh kanak-kanak.
Sinopsis
Jalan ceritanya melibatkan Conan dari puak Cimmeria atau Barbarian dimana keluarganya di bunuh oleh Shadow Lord yang ingin satu kepingan yang disimpan oleh bapa Canon. Kepingan itu adalah gabungan tengkorak yang jika dicantumkan akan memberi kuasa syaitan kepada pemiliknya. Namun selepas mendapatkan semua kepingan tengkorak tersebut mereka harus pula mencari satu gadis untuk dikorban yang dipanggil gadis suci.
Selepas 20 tahun kejadian bapa Conan dibunuh, Conan masih mencari pembunuh ayahnya. Mula-mula semua orang kanan Shadow Lord telah mati dibunuh. Lupa lak...Shadow Lord ada anak perempuan yang mempunyai kuasa sihir yang mampu mencari kepingan tengkorak dan gadis suci. Melalui bantuan anaknya, Shadow Lord berjaya mengumpulkan kesemua kepingan tengkorak tersebut.
Cerita bermula apabila Canon bertembung dengan gadis suci tersebut dan melalui pertemuan itu bermulalah rentetan perjuangan mempertahankan gadis tersebut dan dendam kepada Shadow Lord.
Keseluruhan cinema graphic dia memang cantik dan mengagumkan. Salah satu yang aku rasa best ialah gajah yang membawa kapal melalui gaung-gaung. ( Kapal laut jalan darat!!! yang diletakkan atas badan gajah..) Walau apapun aku rasa tahap keganasan cerita 300 lagi ganas. ( Pernah tengok 300, pasal pahlawan Spartian seramai 300 orang lawan orang Arab).
Cerita-cerita ganas memang sesuai dibuat jika melibatkan zaman dulu-dulu kerana perlawanan pedangnya tragis dan lagi tragis senjata pemusnah yag digunakan kalau kena memang hancur badan kau..
Aku memang minat tengok cerita gaduh-gaduh ni, tapi aku tidak menyokong keganasan yang melampau. Sebab tu aku kata hanya orang dewasa dan matang jer boleh tengok cerita macam ni supaya tak terpengaruh. Lepas ini nak tengok Final Destination 5. Cerita ini tak ganas tapi suspen!!! Aku tak suka tengok cerita suspen nanti aku menjerit...hehehehe
5 Ulasan
http://sipujangga89.blogspot.com/
Thanks broo..tegur salah tadi.