Banjir Di Thailand Rugi RM25billion

Banjir Di Thailand Rugi RM25billion

Dewan Perniagaan Thailand memaklumkan sekiranya banjir terburuk yang sedang melanda negara itu berlarutan sehingga tiga bulan lagi, kos kerugian mungkin boleh mencecah sehingga 250 bilion Baht (RM25 bilion).


Sebelum ini, kerajaan meramalkan banjir hanya akan melanda dalam tempoh 30 hingga 45 hari tetapi kini di beberapa wilayah utara negara tersebut kejadian tersebut telah melebihi tiga bulan.

Pertumbuhan ekonomi Thailand diramal akan mencatat kurang daripada satu peratus jika banjir berterusan untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Satu pertiga daripada negara itu masih dilanda banjir dan telah menjejaskan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung di 26 wilayah di bahagian utara dan tengah Thailand sejak 25 Julai lalu.

Lebih 14,000 kilang turut terjejas dan 660,000 pekerja hilang pekerjaan akibat banjir buruk tersebut.

Adakah kesan banjir di Thailand akan memebrri impak kepada Malaysia. Dari segi kebaikkan saya rasa akan berlaku. Pertama kilang-kilang di Thailand akan memindahkan operasi mereka ke kilang-kilang berdekatan agar supply produk mereka tidak terjejas.
Memang berat hati melihat jiran kita hadapi musibah tapi dalam musibah pihak lain. Kit akan dapat hasilnya.
Wajarkah...

Catat Ulasan

0 Ulasan