Salah satu cabaran perniagaan yang aku alami sekarang ialah LATE PAYMENT..
Aku rasa ini merupakan salah satu cabang risiko perniagaan yang normal.
Tapi ini juga merupakan salah satu kesusahan kepada kita.
Peniagaan kecil-kecilan aku ni memang bergantung pada modal pusingan yang aku kutip dari pelanggan-pelanggan.
Cuma sejak kebelakangan ini aku memang punyai modal tambahan disebabkan projek Zoo Melaka dan Bazar Ramadhan tapi ia akan digunakan untuk menambah produk baru dan juga membeli handphone baru...hehehehe
Bukannya untuk menambal modal disebabkan pelanggan aku lambat membayarnya!!!
As a human aku mengerti kesusahan sesama manusia, adakala kita terpaksa bertolak ansur dalam hal-hal sebegini tapi kalau tiap-tiap minggu mengelak ajer memang susah juga.
Ditambah lagi hutang tertunggak bulan lepas tak berbayar, minggu ini tangguh lagi..huh!!
Dahlah aku datang ke kedai dengan harapan yang tinggi, tapi aku dapat harapan yang musnah...hehehehe.
Mahu tak mahu kau terpaksa senyum ajer, nak buat apa, nak marah?
Tapi minggu depan kalau aku pergi masih tertangguh terpaksa aku tanya....
Aku tak marah, ni adalah asam garam kalau berniaga ni..
Perlu ada pengalaman sedemikian untuk kita improve dari masa ke semasa..
4 Ulasan
Banyak ilmu boleh dapat...
besa la tu kan, adat berniaga, ade risiko nye =)