Selepas Hari Raya Aidilfitri ini, bisnis agak slow sikit.
Maklumlah semua orang tengah senak perut makan kuih Raya ini.
Dan aku lak jual produk kuih tradisional, so memang aku jangkakan ia agak slow bulan ini.
Walau apapun, sementara demand tengah rendah ini sebaliknya kilang tempat kerja ku demand melampau.
Terpaksa Overtime hari Sabtu malah pernah dipaksa Overtime hari Ahad tapi aku buat tak tahu ajer..heheheh.
Disebabkan kesibukan ini maka perniagaan Halinis Food terpaksa aku kecilkan sementara dengan hanya menghantar satu produk ke setiap kedai pelanggan aku.
Bulan depan aku nak start boost up semula perniagaan Halinis Food ini.
Kuih Karipap Serunding Kelapa, Cakar Ayam tengah menanti aku.
Sabar yekk...
Aku masih berpegang pada kata rakan aku, jangan terlalu excited nanti semua terlepas.
Lagipun kalau kerja part time buat macam part time jangan nak jadikan full time nanti anda tersepit..hehehhe
0 Ulasan