SEJAK berpisah dengan suaminya, Marc Anthony pada Julai lalu, penghibur Latin paling seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo dilihat sangat mudah tersentuh hati. Mungkin bibirnya masih mampu terse�nyum namun jauh di lubuk jiwa, penyanyi lagu On The Floor itu masih menahan luka.
Contoh terbaru, minggu lalu, J.Lo tidak dapat menahan rasa sebaknya tatkala menjayakan persembahan di depan ribuan peminat pada konsert Ulang Tahun Ke-15 Mohegan Sun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS
Air mata J.Lo mula bergenang dan seterusnya berlinangan selepas memandang wajah anak kembarnya, Max dan Emme terpampang pada skrin di atas kepalanya sewaktu menyampaikan lagu If You Had My Love.
Bukan itu saja, penyanyi kelahiran Bronx, New York ini menangis lagi ketika beberapa penari lelaki mengiringinya ketika menyampaikan lagu It Beats No More pada konsert berkenaan
0 Ulasan