Kaki Wayang : Al Hijab

Kaki Wayang : Al Hijab

Semalam menonton filem yang telah lama berada di pawagam iaitu Al-Hijab. Arahan pengarah muda Pieere Andre.
No plan sebenarnya nak tengok wayang, hari Sabtu full day kerja sekarang sebab kilang tengah boost up order. Hari Ahad nak hantar kuih-kuih aku.
Tapi mak aku lak asik bertanya "Best ker Al Hijab, dengar kata kalau orang sakit jantung tak ler tengok"Kemudian bertanya lagi" Nip, cerita Al-Hijab tu main lagi tak"Kemudian bertanya lagi" Nip, kalau Al-Hijab  tu ada jual DVD , kalau belikan mak , nanti mak bayar kat kau"
Ni ler penyebab utama semalam aku tengok filem  Al-Hijab..hehehehehe.

Jom Baca Lagi Tentang Al-Hijab




Filem ini nak kata tak best nampak macam best...susah aku nak komen.
Cerita ini berkisar tentang Rafael yang mendapat watak utama filem seram, tapi masalahnya beliau tak dapat feeling untuk menjiwai watak filem seram tersebut. Belaiu telah cuba pergi ke kawasan keras namun tak juga dapat menjiwai ketakutan yang beliau hendaki.
Akhirnya beliau  telah menerima mesej bahawa ada seseorang boleh membuka hijabnya agar dapat melihat dunia lain.
So pendekkan cerita makcik tu pun buka hijabnya... ( Hijab maksud dalam cerita tu ialah manusia sebenarnya dilindungi oleh satu lapisan untuk menghalang melihat dunia-dunia lain selain dunia fizikal. Jika seseorang dapat membuka hijabnya maka mereka boleh melihat makhluk-makhluk  lain selain manusia) .
Amik kau, malam tu beliau diganggu gila-gila dengan hantu, so di  sebabkan takut beliau kembali nak jumpa makcik tu tutup hijabnya TAPI makcik tu dah meninggal dunia.
Tamat.


Tapi untuk pendapat peribadi aku, filem ini jalan cerita  filem ini agak kosong. TAPI yang aku kagum suspen filem ini memang dahsyat. Terkejut aku di buatnya. Hantunya tak ler menyeramkan tapi pengarahnya mengolah suspen cerita ini memang menjadi.
Tapi aku rasa untuk jalan cerita filem ini kalau dibuat sambungan Al-Hijab 2 memang sesuai. Bagaimana Rafael hendak menutup hijabnya kembali, pasti best.
Ranking filem ini aku kasi 6/10...

Catat Ulasan

0 Ulasan