Kerja...Kerja..Kerja

Kerja...Kerja..Kerja

Baru-baru ini aku memang sibuk di tempat kerja gara-gara New Model yang  baru nak jalan kat production aku buat banyak masalah sehingga telah
mengganggu shipment.
Rakan-rakan aku ada yang bersengkang mata hingga ke pagi buta untuk monitoring produk baru ini. Semua dalam keadaan tertekan dan berusaha menyelesaikan masalah produk
baru ini.
Dan aku pun terbabit secara tidak langsung dengan pemasalahan ini. Aku bukan teknikal yang bersengkang mata setiap malam tapi tugas aku monitoring output dan pastikan production jalan dalam keadaan baik.
BACA LAGI....JOM

Tapi kalau produk problem maka output pun problem.....so aku pun  terbabit juga..
So mahu tak mahu dalam bulan ini aku dipaksa dan terpaksa bekerja hari Sabtu dan Ahad atas arahan boss aku. Aku hanya anggukkkan kepala ajer  padahal dalam hati memang tak mahu, gila ker aku kata tak boleh. Dah lah  boss aku tiap-tiap hari balik lewat dan aku lak bila dengar loceng berbunyi ajer terus cabut balik... Dia tak marah aku pasal tu dah cukup  baik!!!

So mahu tak mahu hari Sabtu aku masuk kerja... Ni dah 2 minggu macam ni.  Dan tiap-tiap minggu ada sahaja masalah....Telepon aku asyik berdering  sahaja dengan panggilan boss aku . Pening kepala aku dibuatnya.

Blog aku lak sejak menjak ni aku hantar cerita-cerita tentang bus stop,  telur dan macam-macam yang tidak perlu fikir terlalu banyak.... Itu hari  ajer aku hantar pasal belanjawan sebab sakit hatii...

Menambahkan masalah aku ialah kesibukan tempat kerja hampir menjejaskan  bisnis kecil-kecilan aku . So mahu tak mahu juga aku terpaksa  berlari-lari menghantar produk aku setiap hari Ahad ke pelanggan aku.
Projek Cakar Ayam aku terpaksa tundakan buat sementara kerana kesuntukan masa...

Kalau sesiapa yang pernah kerja kilang dan jaga line production memang faham kepayahan yang aku alami. Production bukan sesuatu yang mudah, setiap hari ada sahaja masalah cuma yag membezakan samada ia masalah kecil atau besar... Dan kami setiap hari terpaksa berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut, belum lagi dikira manpower yang terlalu ketat.

Dan menambahkan ketat di muka aku ialah bila baca belanjawan 2012 ni...tambah ketat muka aku . Orang -orang macam kita ni kerja macam orang gila nak kasi syarikat kami untung ( memang tugas kami kena kasi
untung ) dan pada masa yang sama kerajaan dapat kutip cukai...apa yang  kami dapat? Habuk!!!
Keuntungan syarikat kami dapat dari bonus tapi keuntungan atau  penghargaan kerajaan pada kami ialah harga barang naik mencanak dan kasi pada orang gomen..
Inilah nasib aku ....

Catat Ulasan

0 Ulasan