Operasi Tikus In Action |
Sejak kebelakangan ini jumlah tikus yang berkeliaran sekitar jabatan kerja aku memang cukup banyak..
Baunya sudah sebati dengan hidung mereka semua termasuk aku.
Banyak juga komplen aku dah buat kat jabatan tertentu tapi tindakan yang diambil agak samar-samar. Lagipun kedatangan tikus itu adalah salah kami disebabkan ada makanan untuk mereka.
Yang buat aku marah semalam semasa aku tengah nak keluar tiba-tiba ada seekor tikus yang berjalan depan terlompat dan hampir-hampir bergilis pipi... Gemuknya tikus tapi boleh lompat sikit punya tinggi.. Masing-masing terperanjat termasuk aku dan tikus tersebut.
Hati sudah panas kerana kena main ngan tikus ini.
So tadi pagi aku kumpulkan seangkatan kakitangan dam memberitahu hari ini kita akan buat operasi yang dinamakan Operasi Tikus.
Mula-mula kami kasi bersih semua kawasan yang disyaki kawasan mainan tikus. Tahi tikus bersepah-sepah, lalu aku assignkan seorang wanita yang cantik sebagai penyapu tikus sapu semua tahi tikus tersebut..hehehehhee.
Manakala benda berat aku assign beberapa Nepal yang bersemangat waja mengalihkan kabinet-kabinet yang disyaki sarang tikus.
Selepas semua dibersihkan ada seoarng makcik ditugaskan mengemop seluruh kawasan lantai yang telah disapu untuk menghilangkan bau yang masih ketinggalan.
Manakala mana-mana lubang-lubang yang ada aku tampal dengan papan besi...aku tampal satu ajer yang lain budak-budak ini buat.
Nak dijadikan cerita semasa mereka sedang mengetuk besi-besi yang berpotensi pintu keluar masuk tikus-tikus ini..tiba-tiba beberapa ekor tikus berlari keluar bersama anak-anak mereka. Rupanya ada sarang tikus sebalik batu-batu. Adusss...
Apalagi dengan gaya berani masing-masing memegang kayu kononnya nak memukul tikus tersebut tapi bila nampak tikus. Mereka dan tikus lari!!
Lalu aku ambil keputusan menggunakan bahan toksid yang ada kat kilang aku, aku suruh ambil thinner dan tuang kat atas batu-batu tersebut dengan harapan thiner tersebut meresap ke dalam batu hingga ke sarang mereka. Tapi terlebih dahulu aku menyarankan mereka menggunakan PPE ( Personal Protective Equipment) seperti penutup mulut dan cermin mata dan sarung tangan. Keselamatan kena jaga. Amik satu gelen thinner dan tuang sepanjang batu-batu tersebut.
Kami biarkan beberapa lama dan kemudian reaksi telah mula. Tikus-tikus ini mula keluar dari sarang mereka bersama ibu bapa dan anak-anak tapi seekor pun tak dipukul kerana kasihan atau geli kot..Aku bukan tak nak pukul tapi kasihan lak...hehehehe
Macam-macam reaksi yang ada...tikus lalu bawah kaki sehingga terperanjat aku punya technician. Yang sorang siap baling spanar kat tikus tu. Namun ZERO Death Of Rat..Aparaaa!!!
Walau apa pun, kami merasakan tikus-tikus kat kawasan kami tiada lagi. Malam ni kasihan kat tikus-tikus tiada tempat tinggal. Puas hati aku!!!
Terima kasih kepada Team Operasi Tikus yang telah menjumpai lorong-lorong tikus yang ada di jabatan aku.
Selain itu dapat menghindarkan penyakit yang dibawa oleh tikus tersebut. Jika dibiarkan pelbagai kemungkinan akan berlaku..
0 Ulasan