BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
Sumber :
My Metro
Kesimpulan:
Kasihan pada gadis tersebut kerana gangguan psikologinya menyebabkanny amembuat keputusan yang salah. Memang ini adalah kesalahan gadis tersebut tapi tanggungjawab terletak pada didikan ibubapanya.
Takkan rakan-rakan gadis tersebut tidak mengetahui kandungan gadis tersebut. Saya nasihatkan pada semua orang, perkara sebegini jika diketahui baik beritahu pada pihak yang dipercayai.
Tak pasal-pasal budak perempuan tu kena penjara dan paling hawau teman lelaki dia ni...
2 Ulasan