DIA mungkin tidak memegang watak lanun seksi. Tetapi peranan terbaru Penelope masih tidak jauh berbeza dengan wataknya dalam filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.
Pelakon warga Sepanyol berusia 37 tahun itu begitu mesra dengan bintang gandingan, Emile Hirsch pada set penggambaran Venuto al Mondo di Rome minggu lalu.
Mereka menjalani penggambaran pertengkaran yang menyaksikan pelakon jelita itu mencampakkan rokok Hirsch ke dalam air.
Lokasi penggambaran mereka, sebuah rumah terapung.
Pakaian Penelope untuk penggambaran filem itu amat berbeza dengan yang dipakainya ketika melakonkan watak Angelica dalam siri Pirates of The Caribbean.
Dalam Venuto al Mondo, Penelope memainkan watak Gemma, ibu tunggal yang mengiringi anak remajanya berusia belasan tahun ke Sarajevo, bandar kelahiran bapanya yang terbunuh dalam Perang Bosnia pada 1992-1995.
Dia baru-baru ini menjalani penggambaran di Serbia sebelum berlepas ke ibu negara Itali itu.
Suaminya, Javier Bardem, menemaninya ke bandar raya itu, bersama-sama bayi mereka berusia 10 bulan, Leo Encinas.
Keluarga itu menikmati percutian terbaik di Itali Sabtu lalu, apabila bersama-sama memakan pasta tradisional Itali ketika Penelope berehat menjalani penggambaran.
Malangnya, Bardem, 42, terpaksa meninggalkan isterinya sementara kerana tugas.
Dia kini berada di New York untuk berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai usaha menamatkan pencabulan hak asasi Sahara Barat yang diduduki Maghribi.
Pemenang Anugerah Academy itu buat masa ini juga sibuk membuat dokumentari mengenai kawasan itu.
0 Ulasan