Sir Alex Ferguson Dan MU

Sir Alex Ferguson Dan MU

Kasihan Sir Alex Ferguson sejak kalah TERUK kepada Manchester City. Macam-macam dia kena buat nak pulihkan kelab jagoan dunia ini.
Tapi Mu ni trend dia memang macam ni, kalah memanjang tup..tup..
SIR Alex Ferguson dijangka menggugurkan beberapa pemain Manchester United yang gagal beraksi cemerlang ketika pertemuan setempat Ahad lalu menjelang kunjungan ke Everton, esok.


Ferguson masih cuba mencari punca kekalahan pasukannya kepada Manchester City, 1-6 yang dianggapnya sebagai ‘paling teruk’ dan kini terpaksa bersikap kejam terhadap beberapa bintang yang dimilikinya.


Pertahanan, Rio Ferdinand dan Patrice Evra yang dianggap Ferguson bertanggungjawab kerana gagal memanfaatkan pengalaman mereka untuk mengurangkan jurang jaringan dengan City, bakal menjadi mangsa utamanya.

Fergie juga dikatakan bersedia menggandingkan Nemanja Vidic dan Phil Jones untuk posisi pertahanan tengah di Goodison, manakala Chris Smalling dan Fabio Da Silva turut mengisi posisi pertahanan.

Di bahagian tengah, Darren Fletcher dan Anderson, yang gagal mengekang kemaraan City akan digantikan dengan Tom Cleverley dan Michael Carrick, justeru ia menjadi mesej jelas daripada Ferguson kepada pemain yang gagal beraksi dengan baik
Dimitar Berbatov dan Michael Owen masih berusaha menempatkan diri mereka dalam kesebelasan utama dengan aksi cemerlang sewaktu menang 3-0 dalam perlawanan Piala Liga menentang Aldershot, apabila kedua-dua mereka menjaringkan gol.


Begitupun, Ferguson tidak berhasrat merombak jentera serangan apabila Wayne Rooney dijangka menentang kelab lamanya dengan bantuan Javier Hernandez atau Danny Wellbeck, ketika United memburu kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris di Goodison sejak September 2007.

Pasukan juara itu mampu merapatkan jurang seketika dengan pendahulu liga, City kepada dua mata dengan kemenangan dalam perlawanan esok. Skuad Roberto Mancini bagaimanapun hanya akan menanti kunjungan Wolves beberapa jam kemudian.

Penolong Ferguson, Mike Phelan adalah pemain United yang tewas kepada City, 1-5 di Maine Road pada 1989, kekalahan paling teruk direkodkan sehinggalah tragedi yang menimpa mereka di Old Trafford, Ahad lalu.
Phelan masih dihantui kekalahan kepada City 22 tahun lalu dan mahu pemain United ketika ini menggunakan pengalaman mereka ke atas pasukan lain untuk menemui kembali rentak kemenangan.

“Saya tidak pernah lupa betapa kecewanya dengan kekalahan 1-5,” kata Phelan. “Tetapi kami bangkit dan membalasnya.

“Kami sedar, kami adalah pemain yang bagus seperti mana pasukan ini sedar bahawa mereka mempunyai pemain yang hebat.

“Sesuatu yang tidak pernah difikirkan berlaku seperti yang kami alami pada 1989 tetapi kini ia berulang kembali, terpulang kepada anda sama ada untuk bangkit atau membiarkan ia menjejaskan anda?

“Anda perlu menelan kepahitan dan berusaha mengatasinya dan anda akan tahu sama ada anda mampu untuk meneruskan rentak kejayaan.

“Ia hanya membabitkan tiga mata, kami tidak pernah tewas sehingga dua angka dalam liga ini.

“Anda tidak boleh membiarkan ia menjadi tidak terkawal dan perlu menjadikannya detik kebangkitan musim ini.

“Kami perlu berusaha me�ngatasi perlawanan seumpama ini,” katanya

Catat Ulasan

0 Ulasan