Trengganu dan Negeri Senbilan Ke Final

Trengganu dan Negeri Senbilan Ke Final

Tahniah buat Negeri Sembilan Dan Trengganu ke final. Aku dah lama nak tengok Melaka ke final...huhuuh
SEPERTI dijangka, Negeri Sembilan dan Terengganu bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan mencemaskan separuh akhir kedua, semalam.



Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, harapan Selangor menghidupkan kembali ‘Misi 33’ lebur, meskipun berjaya mencuri satu gol pada minit-minit terakhir untuk mengiringi Sang Penyu ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Sementara, T-Team gagal mengikut jejak abangnya, terpaksa berputih mata menyaksikan Negeri Sembilan sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3.

Bekas juara Piala Malaysia 2001, bakal bertemu naib juara tahun lalu pada hari penentuan 29 Oktober depan di Stadium Shah Alam.

Catat Ulasan

0 Ulasan