12 Mayat Jambatan Runtuh Di Indonesia Ditemui

12 Mayat Jambatan Runtuh Di Indonesia Ditemui

Jambatan runtuh di Tanggarong , Kalimantan setakat telah mengorbankan 12 insan.
Semoga jangan ada insan lagi yang terkorban.
Aku masih konpius kenapa jambatan ini boleh roboh. Ada sesiapa yang tahu tak?

Dua belas mayat sudah ditemui dari sebatang sungai selepas sebuah jambatan roboh di sini menyebabkan puluhan kenderaan terjunam ke dalam sungai, kata pihak berkuasa, semalam.


Kira-kira 30 orang dipercayai hilang selepas jambatan sepanjang 720 meter yang dibina menyamai jambatan Golden Gate di San Francisco yang merentasi Sungai Mahakam itu runtuh Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan operasi menyelam dan mencari mangsa buat sementara waktu kerana tahap penglihatan yang buruk akibat keadaan air yang keruh dan arus deras. “Satu lagi mayat ditemui menjadikan jumlah kematian kepada 12,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Kalimantan Timur, Harmoni Adi.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan pengemaskinian jumlah kematian itu sambil berkata, beberapa mayat terdampar di tebing sungai “Seramai 14 lagi masih dirawat di hospital,” katanya sambil menambah darjah penglihatan mencatat kosong di sungai sedalam 40 meter

Catat Ulasan

5 Ulasan

Riu is me berkata…
Kabarnya malah udah 18 orang hari ini.
THE AUTHOR berkata…
tu hanya gambar hiasan ajerrr
Tanpa Nama berkata…
kalau tak silap,de hlcpter trjatuh kat situ..trlanggar jambatan tuh..ehh..rasanya la..ke kes lain..adoii fening2..
Miss Purple Ungu berkata…
seramnya huhuhu...
camne la jmbtn tu leh runtuh
Unknown berkata…
macam gempa bumi je kan huhuu