Aku tak tahu apa nak kata tentang Ambiga ni. Telampau moden sangat kot dia ini.
Sampai menyokong program Seksualiti Merdeka.
Walau pun beliau mengatakan tidak menganjur tapi menyokong program ini atas alasan kasihan mereka dipinggirkan..
Mana-mana agama pasti tidak akan menyokong amalan hidup songsang sedemikian. Lalu dia ini dalam kategori mana yekk!!!
Fasis tak mungkin...
Atheis.........
Aku tertanya-tanya bagaimana kehidupannya dengan ideologi melamoau dari segi politik dan agama....
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga bersedia bila-bila masa disiasat berhubung tindakannya yang dijangka merasmikan program Seksualiti Merdeka 2011, 9 November.
Beliau ketika dihubungi berkata, dia tidak takut berdepan sebarang tindakan, malah sedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis.
“Bagaimanapun setakat ini (malam semalam), saya tidak lagi diminta memberi keterangan begitu juga saya dimaklumkan dengan yang lain (penganjur).
“Mungkin esok mereka (polis) akan panggil saya, tetapi hingga saat ini saya tidak diarahkan apa-apa oleh polis dan jika diarahkan saya sedia bila-bila masa dan beri kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, penglibatannya atas kapasiti peribadinya dan tidak terlibat menganjurkan.
“Saya hadir sebab diundang merasmikan. Program ini berjalan sejak 2008 lagi, dan saya juga hairan mengapa sekarang ia menjadi isu besar hingga melibatkan polis.
“Bagaimanapun saya akan akur dengan apa juga keputusan penganjur jika mereka mahu membatalkan program berkenaan,” katanya.
Menurutnya, program itu diadakan bukan bertujuan untuk menggalakkan homoseksual sebaliknya sebagai platform kepada golongan tersebut untuk menyerlahkan diskriminasi yang mereka alami dalam kehidupan seharian.
“Saya mengambil kira kedudukan agama-agama utama terhadap isu homoseksual tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh menunjukkan sensitiviti terhadap masyarakat terpinggir yang menderita akibat penindasan dan penderaan mental dan fizikal.
“Kita membantu mereka dan tidak bermakna mereka tidak mempunyai hak apabila mereka dipanggil haiwan,” katanya.
Ambiga berkata, orang ramai berhak mempunyai pendapat tersendiri mengenai program tersebut.
“Saya percaya masyarakat tidak sepatutnya hidup dalam ketakutan dan setiap manusia tidak sempurna.
“Sebagai manusia, kita berkewajipan memahami nasib orang menderita tanpa mengira siapa pun mereka.
“Jika mereka yang membantah program ini menganggap ia usaha menggalakkan homeseksual dan saya menyokong kehidupan seks songsang, itu tidak benar.
“Mereka yang prihatin wajar memikirkan cara terbaik terhadap penyelesaian kepada mereka yang sudah dilahirkan naluri berbeza ini, bukan hanya dengan membantah tanpa memikirkan penyelesaiannya,” katanya.
2 Ulasan