Bantuan Khas RM500 dikeluarkan oleh LHDN.

Bantuan Khas RM500 dikeluarkan oleh LHDN.

Rakyat diingatkan bahawa hanya borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diperakui bagi tujuan mendapatkan bantuan khas sebanyak RM500 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, borang permohonan itu bagaimanapun masih dalam proses untuk diedarkan oleh LHDN dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam waktu terdekat.

Beliau sehubungan itu menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu mengedarkan borang permohonan didakwa bagi mendapatkan bantuan tersebut.

"Saya difahamkan sudah ada borang-borang yang berkaitan permohonan itu diedarkan oleh pihak tertentu dan setahu saya borang rasmi akan diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHND) paling awal pada 1 Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok dalam taklimat pembangunan pendidikan dan prestasi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR

Catat Ulasan

3 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
sape yg layak?ni bantuan utk ape? nmpk sgt da lama xbc berita kan..ngeee
THE AUTHOR berkata…
gaji isi rumah bawah RM500 layak dapat duit ini..
Mcm cik Asam tak layak kot..hehehhe
Cikrosecute berkata…
ada yang layak pun tak dapat kesian...