Bunuh Diri Kerana Dibuli

Bunuh Diri Kerana Dibuli

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Amerika Syarikat membunuh diri, minggu lalu, dipercayai akibat dibuli di sekolah.

Ashlynn Conner, pelajar sekolah rendah di Illinois dilaporkan memberitahu keluarganya dia menjadi mangsa buli, dua minggu sebelum kematiannya.

Ibu Ashley, Stacy Conner berkata, anaknya menjadi mangsa buli sejak bertahun-tahun lalu di sekolah dan juga di kawasan kejiranan mereka.

Ashlynn ditemui mati tergantung di dalam almari rumahnya, Jumaat lalu, sehari selepas dia meminta ibunya untuk membenarkannya belajar di rumah tanpa perlu ke sekolah

Catat Ulasan

0 Ulasan