Cristiano Ronaldo Buta IT

Cristiano Ronaldo Buta IT

Ronaldo mungkin licik dan pintar di tengah padang, tetapi ketika berurusan dengan gajet peribadi, kadang-kadang dia “terlanjur.”

Baru-baru ini, Ronaldo, 26, dilaporkan merah padam apabila tersilap menghantar gambar seksi peminatnya kepada semua kenalan dan rakan dalam senarai di telefon bimbitnya.

Tidak cukup dengan itu, gambar peminat seksi dari Belanda itu turut diajukan kepada tunang Ronaldo, Irina Shayk.
Menurut Ronaldo, selepas mendapat mesej bergambar bersama pesanan menggoda itu, dia bercadang mahu memadamnya
Peminat jelita dan seksi itu dilaporkan mahu “bersama” dengan Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia 2008 berkenaan.
Menurut sumber, telefon bimbit Ronaldo tidak berhenti-henti menerima mesej, e-mel dan panggilan dari peminat di seluruh dunia sejak beberapa hari selepas insiden itu.
“Mereka ingin tahu dengan lebih lanjut apa kandungan mesej bergambar serta maklumat mengenai peminat seksi berkenaan,” katanya.

Menurut sumber, gambar berkenaan memaparkan seorang peminat jelita yang beraksi di depan kamera dengan pelbagai gaya.
Sesetengah gambar itu sangat provokatif kerana peminat terbabit bergaya dalam keadaan separuh bogel.

Disebabkan kecuaian itu, kata sumber, Ronaldo terpaksa memberi penjelasan panjang lebar kepada kenalan serta pasangannya.
“Ronaldo meyakinkan mereka bahawa wanita itu sekadar peminat biasa dan mesej berkenaan sepatutnya dipadam, tetapi disebarkan secara tidak sengaja,” katanya.

Sumber itu berkata, Ronaldo benar-benar berasa aib dengan kecuaian itu, terutama apabila gambar berkenaan tiba di tangan Irina.
“Namun, Ronaldo tak melakukan apa-apa kesalahan, sebenarnya.

“Dia juga bernasib baik kerana Irina tidak tersalah sangka atau menyerangnya,” katanya.
Menerima bayaran RM1.2 juta seminggu, Ronaldo berpacaran dengan Irina, 25, sejak April tahun lalu dan mereka dijangka berkahwin Julai depan di sebuah pulau peranginan berhampiran Portugal, Madeira.
Ronaldo dijadual menjadi suami Irina selepas mewakili Portugal dalam kejohanan Euro 2012.

Berdasarkan insiden terbaru itu, pemerhati berkata, Ronaldo bertuah kerana memiliki kekasih yang sangat memahami.
“Ke mana saya Ronaldo pergi, dia boleh mendapat wanita yang diingini.
“Irina tahu keadaan itu, tetapi dia tahu itulah realiti yang perlu dihadapi apabila bercinta dengan pemain bola sepak handalan dunia,” katanya.

Mengenai kecuaian Ronaldo baru-baru ini, sumber berkata, penyerang kelab Real Madrid itu berjanji akan lebih berhati-hati di masa depan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

burnkelana berkata…
Tak sengaja tu.. Cian dia..
Tanpa Nama berkata…
hihih..setiap orang de kelebihan n kekurangannya..