Cuti Tanpa Berblogging

Cuti Tanpa Berblogging

 Cuti 3 hari sejak hari Sabtu hingga Isnin. Dan selama cuti ini hanya hari Sabtu aku online komputer aku...hehehe. Hari Ahad dan Isnin tak kesampaian kerana aku memalaskan diri kerana hujan sepanjang 2 hari ini.

Dan sepanjang 2 hari tidak menjenguk blog aku terasa macam cacing kepanasan. Aku tetap postkan entri aku menggunakan handphone aku ajer. Tapi terbatas sangat terutama bila melibatkan blogwalking.
Kalau entri aku tak ada gambar maksudnya, aku tengah hantar entri pakai handphone ler tuuu...

Maaf kepada rakan-rakan blogger kerana tidak membalas blogwalking anda semua. Dan malam ini baru ada kesampaian blogwalking sebentar tapi networking slow pula. Tension!!!

Dan semasa blogwalking tadi ada juga blogger yag memasukkan bloglist  Hanif Blog ke dalam bloglist mereka. Dan terima kasih aku ucapkan. Dan mana-mana yang belum aku masukkan sila beritahu aku yekk...Nanti segera aku masukkan ke dalam bloglist aku. Mesti ada win-win situation..

Pendekata, blogging ini dah menjadi asam garam hobi aku. Kalau sehari tak berblogging mesti tak selesa badan ini.  Orang tua-tua kata mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang...hahahahaha.

Bulan ini aktiviti blogging aku mungkin akan tergendala sebentar kerana cuti sekolah dan tahu-tahu ajer ler, budak-budak ini ajak jalan-jalan.
Tengah pikir nak pergi mana cuti ini ....
Anda sepanjang 3 hari cuti pergi kemana?
Cik Asam blogger kita sibuk window shopping.....

link3

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mas dok rumah je.adoii boringnya..bila la nak dapat keje ni.hahha..
THE AUTHOR berkata…
sabar ....dulu aku 4 bulan tanam anggur..huhuhu