Semalam aku cuti emergency ...sebab tiba-tiba gear kereta ku tak ler masuk...
Masuk ni dah 3 kali aku kena masalah ini....
Mula-mula aku kena gear susah nak masuk, aku hantar kat pomen belakang rumah aku.
Aku kata, "abang tolong check mugkin klas dah habis kot"
Abang tu pun godek-godek kereta aku kata " Klas OK dik, ni hah!!! kabel dia longgar"
Lalu di apun kasi ketat kabel aku..
Resultnya OK, tapi lepas 2 minggu susah nak gear lagi..huhuhuhu
Pergi kali kedua kat abang tu, ayat yang sama,
Aku kata, "abang tolong check mugkin klas dah habis kot"
Abang tu kat OK dik, lalu tukau ler klas gear aku dengan jayanya....
Selepas sebulan, pada tarikh hari ini.
Masa tengah bawa kereta pagi semalam gear langsung tak boleh masuk...
Aku call abang tu pagi-pagi kata gear problem.
So dia pun datang, aku pinjam kereta dia jap hantau orang umah aku pergi kerja.
Aku terpaksa memonteng ler hari ini...huhuhuhu
Bil acheck rupanya tempat pijak pedal klas kereta aku bengkok...sebab penahannya dah patah.
So brader tu kata kena hantau welding benda ini...
Aku kata" bang, kasi OK ajer ler, minggu depan saya nak pakai kereta jalan jauh ni"
Ini namanya rugi yang tak dijangka, itu hari aku on hold beli lens kamera sebab tukau klas da hari ini lain lak problem dia..hemmmm... Kacau jiwa aku dibuatnya.
Kilang lak asik call kenapa tak masuk-masuk, dia orang tak tahu aku tengah berpeluh kat bengkel tunggu kereta aku ni...
Janji root cause dah tahu...
Plan nak beli kereta lain ler tahun depan...macam gambar kat atas...kekekekeke.
Cakap betul ni...
7 Ulasan
Malaysia made....
sekarang terasa nak pakai kereta eropah