Hari Perpisahan.... |
operator aku tamat kontrak.
Kilang tempat aku bekerja ini terdapat pelbagai negara seperti dari Nepal, Myammar, Indonesia dan Kemboja.
Pelbagai ragam yang boleh dilihat bila menjaga mereka ini, apatah aagi bila aku dikawasan production.
Kawasan hot spot yang merupakan kawasan seribu masalah dan ragam dengan jumlah pekerja yang yang agak besar.
Dan sebagai penyelia mereka, sudah tentu ketegasan amat dipentingkan.
Muka aku ni memang dicap sebagai muka yang tidak disukai...heheheheh.
Sebab kalau marah, emmm..buruk perangai aku.
Tapi itulah dunia pekerjaan yang melibatkan manusia, kadang-kadang terpaksa juga marah dan kadang-kadang boleh juga bergurau dengan mereka.
Tengok keadaan atau situasi...
So hari ini satu operator aku last kerja, pekerja yag telah bekerja selama 5 tahun. Maksudnya pekerja berpengalaman dan amat masak dengan sikap aku ni. Bila masuk pekerja baru, ini yang lebih leceh untuk
mengajar mereka bagaimana memahami budaya kerja di tempat kerja aku ini .
Start from ZERO....huh!!! memang leceh...
By the way dah beribu orang aku jaga operator ini dari pelbagai bangsa samada lelaki atau perempuan sepanjang aku bekerja. Ini adalah asam garam pekerjaan.
Dah beribu sikap telah aku hadapi, dan rasanya jaga manusia ini boleh buat kau cepat dapat darah tinggi!!!!! hahahahahaha.
Tapi aku amalkan bila balik rumah , semua tolak tepi..jangan pikir pasal kerja...
Dan yang manis juga banyak apatah lagi mendapat operator yang berdedikasi dan faham...Senang hati kau....
Akhir kata kepada operator senior aku selamat pulang ke Indonesia yekkk... Dan jaga diri baik-baik . cepat-cepat kahwin dan bikin rumah besar disana nanti...hhuhuhuu.
Balik nanti jangan lupa add abang kat FB dan bila dah kahwin dapat anak jangan lupa beritahu abang yekk... ( geli baca ayat ni tak?)..hahahahha
5 Ulasan
Masa praktikal dulu ada jugak jumpa pekerja asing camnie.Punya lar susah nak ajar.huuu=.=
NI, MESTI RAMAI PEMINAT ANTARABANGSA. MEREKA NI MACAM KITA JUGAK. ADA YG BAGUS DAN ADA YG KURANG