Rusia Dijangkiti Penyakit K-Pop

Rusia Dijangkiti Penyakit K-Pop

Lee Min Ho baru-baru ini, terpilih sebagai pelakon Korea 2011 kegemaran Rusia dalam maklum balas terbaru dibuat oleh sebuah laman web Rusia.

Laman web mempromosikan televisyen Korea ini, mengemukakan kaji selidik mengenai pelakon lelaki paling diminati dan hasilnya, pelakon yang popular dengan drama ‘Boys Over Flower’ sekitar 2009 itu terpilih.

Lee Min Ho menjadi semakin terkenal, dari hari ke hari, tidak kira ke mana sahaja dia pergi. Ini menjadi lebih ketara, apabila dia memenangi hadiah khas juri di Anugerah Drama Korea 2011, baru-baru ini.

Jadi tidak hairanlah, Lee Min Ho, diisytiharkan sebagai pelakon kegemaran Rusia.
Sementara itu, Kim Hyun Joong, yang berada di kedudukan kedua, turut mendapat undian tinggi peminat di negara itu.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Mumystrawberry berkata…
sbnarnyakan akak xkenak sapa lee mi hoo ni hahaha..main sebut ja,.ni ka muka dia ahhaha
Cik tikah berkata…
silap hari bulan, satu dunia suka k-pop. hehehe..
Unknown berkata…
wow..lee min ho.. :)
nia berkata…
dua2 minat.heee.. tapi lebih suka kim hyun joong..