Saiful Apek Tak Serik

Saiful Apek Tak Serik


Saiful Apek inikalau tak salah dah banyak kali kena tangkap pasal kes dadah ni tapi masih tak serik-serik lagi. 
Tapi dia ini masih bernasib baik kerana rezeki dia masih ada dalam dunia hiburan.

Utusan Malaysia.
DITANGKAP pada 12 Jun tahun lalu, hari Selasa lepas baru didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Itulah nasib yang menimpa Saiful Apek dan tiga rakan yang lain atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja.

Oleh kerana Apek mengaku tidak bersalah, kes ini akan dibicarakan pada 23 Disember nanti.
Sebenarnya banyak yang terkejut bila wajah Apek terpampang di televisyen sewaktu naik mahkamah. Ada yang bertanya, ini kes bila ni? 

Maklum sajalah, mereka terkeliru sebab selepas didakwa terbabit dengan najis dadah, Apek masih laris dalam karier lakonan. Tetap ligat seolah-olah langsung tidak terbabit dalam sebarang kes buruk.

Joyah teringat, kalau dulu, artis yang dituduh saja pun, semua kerja mereka beku serta-merta. Janganlah harap penerbit berani hendak ambil mereka lagi sebab risau kalau si artis ditentukan bersalah, filem atau drama mereka kena 'gam'.
Tapi sekarang zaman sudah berubah. Orang kita agaknya tidak kisah, artis hendak tunggang terbalik ke, tak jadi hal. Asalkan boleh guna artis ni untuk buat duit, kira okey. Apapun kaedahnya, masih terlalu awal untuk mengatakan Apek bersalah tau.

Catat Ulasan

2 Ulasan

burnkelana berkata…
Hermmm.. Kalo benar dia drug addict, kelak pasti memusnahkn kerjayanya.. Semoga dia djauhi perkara2 keji trsebut.. Kalo tak, kesian anak bini dia..
Dunia Glamor berkata…
Kena berubah lah saiful kesian anak isteri di rumah tu..