Tetamu Khas Sekolah Pelakun Lucah

Tetamu Khas Sekolah Pelakun Lucah



Dunia sekarang ni kalau nak amal pun jangalah panggil selebriti yang bukan-bukan. Ini panggil pelakun lucah baca buku cerita atas nama galakkan membaca pada kanak-kanak.Dah habis orang yang beramal kat US kerrrrr

Ibu bapa terkejut apabila mengetahui pihak sekolah membenarkan seorang pelakon filem lucah menemui anak mereka untuk membacakan buku cerita.Laman sesawang TMZ.com melaporkan, Sasha Grey menjadi tetamu jemputan sebuah pertubuhan amal yang mempromosi amalan membaca di kalangan kanak-kanak.

Insiden itu dikatakan berlaku awal bulan ini tetapi hanya terdedah kepada umum semalam.

Sasha berkata, dia gembira dapat membacakan buku cerita kepada pelajar Sekolah Rendah Emerson.

Di sebalik rasa kurang senang itu, Sasha berkata, dia akan terus menawarkan diri membantu pertubuhan amal Read Across America selepas ini.

“Saya komited membantu program ini dan faham ada pihak lain mempunyai pandangan berbeza.

“Walaupun ada pihak mengaitkan saya dengan sejarah silam, tetapi ia tidak menggambarkan diri saya sebenar,” katanya. Di Facebook, Read Across America digambarkan sebagai pertubuhan yang menggalakkan amalan membaca sepanjang hayat “menggunakan individu terkemuka di bidang hiburan, sukan, perniagaan dan politik.” - TMZ

Catat Ulasan

0 Ulasan